30.1.14

Lawatan dari SK Lok Heng

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Cikgu menerima kedatangan dari seorang guru bimbingan lantikan dalaman sekolah. Memulanya GPK Hem SK Lok Heng , cikgu kadimin( GPK 1) talifon menyatakan hajatnya. Cikgu kadimin minta bantuan saya membantu guru tersebut kerana guru bimbingan (cikgu min) telah berpindah ke segamat..  aduhhh baru tau kak min pindah. Tak sempat nak jumpa dia tahun ni.

Cikgu kadimin tu dulunya GPK KOKO sekolah ini. Sudah kenal sangat. Jadi tak kisahla, boleh saja menolong apa yang termampu. Dalam pukul 2.15 guru tersebut datang ke sekolah.

Dapatlah beri sedikit bahan-bahan dan tunjuk ajar. Cikgu wan aliza namanya. Dia guru agama. Cikgu ada beri CD, juga bahan yang ada didalam simpanan cikgu. Cikgu wan juga suka melihat pondok clay therapy dibilik cikgu. katanya tak pernah dilihat dimana-mana sekolah dan tak terfikir nak membuatnya. hehe...Insyallah selepas ini pasti jalinan kerjasama akan lebih erat. Apa yang boleh dibantu akan dibantu. Salam perkenalan ya cikgu!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan