29.1.14

Lawatan dari GBK SMKA Bandar Penawar

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Cikgu baharu sahaja dapat panggilan talifon dari guru kaunseling SMKA Bandar Penawar iaitu cikgu dijah. Dia bertanya sama ada cikgu free sekarang dan mahu datang melawat bilik cikgu. Kebetulan memang sedang free sambil-sambil bungkus hadiah murid untuk penyampaian esok.

Cikgu takdalah nak kemas-kemas sangat sebab semalam dah pastikan bilik dalam keadaan bersih dan selesa. Jadi tengok-tengok sikit, selak-selak kalau ada sampah.

Yang datang tu Ustaz Arifin, Cikgu khadijah dan 2 ornag murid PRS dari sekolah mereka. Kami berkongsi pelbagai maklumat dan ada beberapa bahan yang cikgu beri soft copynya kepada cikgu dijah. Harapnya dapat membantulah ya. Mereka tertarik melihat pondok clay therapy yang ada di bilik bimbingan. Kata ahli PRS mereka, aktiviti ini sangat sesuai dengan murid sekolah rendah. Cikgu setuju!

Banyak juga yang disoal jawab dan dikongsikan. Cikgu harap SMKA Bandar Penawar dapat mewakili daerah kota tinggi pula tahun ini ya. Agi Idup Agi Ngelaban!!!!!

Dalam pada itu cikgu dijah minta cikgu uruskan pembelian button badge guru penyayang yang cikgu pakai hari-hari. Ok boleh sahaja. Bagus idea ini dapat disebarluaskan. Moga konsep guru penyayang lebih meluas dan pelbagai ya.

Terima kasih atas kunjungan. Insyallah cikgu dijah kata akan datang semula dengan membawa ahli PRS sekolah mereka lebih ramai.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan