21.1.14

Modul Kerjaya-Pengenalan Kerjaya

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. hari ini cikgu masuk kelas 2 Arif. Cikgu laksanakan bimbingan kerjaya.

Jika murid tahap 2 mudahlah untuk cikgu lanjutkan lagi info berkaitan kerjaya. tapi murid tahap 1 ini tidak berapa mengenali jenis-jenis kerjaya. jadi tak perlu cikgu nak susah-susah bercerita itu ini hehhee..

Cikgu hanya perlu menerangkan pada murid-murid hari ini akan 6 jenis pekerjaan.. tapi cikgu tak terang detail ok.sebab cikgu nak uji kefahaman sahaja.

 Langkah:
1-Beri arahan kepada murid. Murid perlu dengar 3 kata kunci yang diberikan dan beritahu apakah nama pekerjaan tersebut.
2- Beri 3 kata kunci berdasarkan
-tempat kerja dimana
-pakaiannya bagaimana
-bentuk kerjanya bagaimana
3-Contohnya:
-Tempat kerja hospital
-Pakai baju kot labuh warna putih
-Membantu orang sakit
4-Kemudian soal murid nama pekerjaan tersebut.

Ok senang je kan!
Yang penting di sini cikgu tahu murid faham atau tidak pekerjaan tersebut. kengkadang murid ni tak tahu doktor kerja di mana.. kali ni cikgu bagi soalan mudah saja. emmm bila dah tahu ni murid faham lepasni bolehlah panjang sikit langkah cikgu nak terangkan pada kelas ini tentang pekerjaan lagi..yg betul menjawab cikgu bagi coklat!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan