21.1.14

Modul Sahsiah Diri- Kad Penghargaan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum, hari ini cikgu laksanakan modul bimbingan dikelas 2 Arif lagi. Cikgu suka serapkan nilai-nilai murni pada murid-murid yang tahap 1 ini. Sebagai contoh "menghargai".

Jadi cikgu pun reka idea nak murid rasa apa itu nilai menghargai. Biasa tahap 1 ni cikgu buat yang ringkas agar mereka faham.

Bahan:
-Kertas A4
-Colour pencil
-Gunting
-Gam

Langkah:
-cikgu terangkan apa itu maksud menghargai dan beri contoh. Pastikan murid tahu beza menghargai dan balas budi.
-Cikgu beri contoh paling mudah iaitu ibu bapa. terangkan apa yang ibu bapa dah berikan pada mereka sejak lahir hingga sekarang.
-Minta murid hasilkan sebuah kad yang paling kreatif yang mereka boleh buat di dunia!.
-Kad itu perlu dituju kepada mak ayah dan perlu ada sekurang-kurangnya 3 baris ayat menghargai.

Setelah kad siap cikgu ambil dan...............

CIKGU PULANG SEMULA PADA MURID UNTUK DIBERI PADA IBU BAPA SIAP DENGAN COP GURU KAUNSELING DAN SAMPUL SURAT YANG CIKGU BUAT SENDIRI SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN CIKGU PULA PADA MURID-MURID..

Amboiii seronoknya mereka....








Tiada ulasan:

Catat Komen