28.1.14

Pemilihan Anugerah Kemenjadian Murid

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Hari ini cikgu tiada kelas dan sesi. Jadinya cikgu mahu buat pemilihan ANUGERAH KEMENJADIAN MURID bagi bulan Januari. Setiap bulan cikgu akan beri anugerah ini kepada murid sempena program guru penyayang.

Oleh kerana ini program baharu, jadi cikgu minta izin dengan GPK HEM dahulu dan nampaknya respon yang diberi amat baik.

Cikgu fikir ada 6 anugerah yang akan cikgu wujudkan iaitu:

1-ANUGERAH MURID SURAU
-murid yang rajin menunaikan solat dhuha dan tidak pernah culas... cikgu selidik waktu rehat memandangkan tahun ni guru besar sudah mengarahkan murid tahun 6 agar rajin menunaikan solat dhuha pada waktu rehat dan ada guru yang bergilir-gilir menjaganya.

2-ANUGERAH MURID BERAKHLAK MULIA
-Murid yang mempunyai akhlak yang baik di sekolah juga di luar sekolah. Bersopan santun dan menjaga akhlaknya.

3-ANUGERAH MURID BERPAKAIAN KEMAS
-Murid yang sentiasa berpakaian kemas, melipat tudung, kasut yang tidak kotor

4-ANUGERAH MURID PERAMAH
-Murid yang rajin bertanya soalan kepada guru-guru, sering menegur guru, sering membantu guru

5-ANUGERAH MURID RINGAN TULANG
-Murid yang selalu membantu guru-guru dan rajin

Jadinya hari ini cikgu berjalan-jalan keliling sekolah untuk bertanyakan pendapat guru-guru berkenaan pelajar yang cikgu akan pilih.. Pemberian hadiahnya pada hari esok ya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan