25.1.14

Program Motivasi Dan Akujanji Ibubapa Calon UPSR 2014

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua murid tahun 6 juga ibu bapa serta guru-guru. Acara tahunan yang wajib dilaksanakan iaitu akujanji murid terhadap diri, sekolah dan ibu bapa. Hari ini 23 Januari 2014 telah diadakan Program Motivasi Dan Akujanji Ibubapa Calon UPSR 2014. Seawal minggu lepas lagi cikgu dah edarkan surat lebih awal agar mudah ibu bapa mohon cuti dari majikan.

Aturcara hari ini:
-kata aluan dari pengacara
-Bacaan doa
-Ucapan Guru Besar
-Ceramah Motivasi Keibubapaan (En.Zayadi b Hassan, Pen.Peg. Pengurusan Murid)
-Program Akujanji
-Taklimat Ringkas dari SNB

Cikgu ambil alih slot Akujanji selepas rehat. Minta murid duduk bersama ibu ayah. Sebelum itu cikgu terangkan dahulu apa yang perlu anak lakukan. Ingat semula kesalahan yang pernah dilakukan agar dapat ikhlaskan diri untuk memohon maaf dari mak ayah. Kemudian cikgu jelaskan pula peranan ibu ayah agar dapat memaafkan kesilapan anak dan beri nasihat yang terbaik pada anak. Agar tiada halangan antara ibu ayah dengan anak-anak dalam mengecapi kejayaan anak mereka.

Didoakan agar seramai 89 orang anak-anak tahun 6 SKBM tahun 2014 ini berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR ini. Aminnnn
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan