30.1.14

Sambutan Hari Jadi Guru Bulan Januari

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum, moga semua pembaca blog cikgu hari ini sihat hendaknya. Hari ini 30 januari, maknanya bulan januari bakal melabuhkan tirainya. Guru Besar bekerjasama dengan Kelab MAJU telah mengadakan sambutan hari jadi guru-guru yang lahir pada bulan januari.

Sejak tahun lepas lagi sekolah cikgu dah sambut hari jadi guru-guru. Sebagai tanda menghargai sumbangan para guru juga salah satu program guru penyayang. Kami menyambut hari jadi murid dan tidak lupa para guru-guru.. hehehhee...

Biasanya kelab Maju akan sediakan kek dan guru besar sering bermurah hati memberi hadiah pada guru-guru juga murid-murid. Bulan januari ini sahaja guru besar sudah beri 2x hadiah hari jadi murid waktu perhimpunan. Alhamdulillah beruntung murid-murid dapat guru besar yang sangat pemurah dan penyayang ini.

Untuk kali ini cikgu yang lahir pada bulan januari ialah:
-Pn Norazizah (cikgu lah tu)
-Pn Siti NorAzlina
-Pn Normawatee
-Pn Nurzihah
-Encik Suhaimi

Selamat hari jadi cikgu-cikgu.. didoakan moga diluaskan rezeki, dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik..aminnn

Oh! tidak dilupakan didoakan cikgu MR Razaham dan family dapat mengerjakan umrah dengan sempurna dan selamat pergi dan balik..aminnn






Tiada ulasan:

Catat Ulasan