9.2.14

GPK 1 Yang Suka Melawat

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini Teratak Bimbingan didatangi oleh GPK 1, Pn Hjh Satinah bt Hj Mahmood. Kali ini GPK 1 memberikan beberapa cadangan bagi penambah baikkan bilik pengurusan ini. Antaranya:

1-Banner yang cikgu letak di kiri dan kanan bilik perlu ditampal dengan kuat agar tidak tercabut. heehe sebab masa dia datang bahagian atas banner tercabut. Banner ni banner lama entah tahun bila. Cikgu jumpa masa kemas bilik kaunseling time awal posting dahulu. Sayang nak buang jadi cikgu gunakan. Lepas ini cikgu akan beli pelekat yang lebih bagus!

2-Cikgu kena letak GPS UPSR dalam buku takwim pengurusan strategik sekolah untuk tahun depan. Cikgu hanya bubuh ETR. Ok boleh saja.

3-Tulisan guna polisterin kat luar bilik tu perlu ditukar baharu. GPK kata malu nanti jika pelawat datang tengok..hahahhaaaa.. ok akan diusahakan secepatnya!

Itulah ceritanya. Insyallah semua cadangan akan diusahakan agar dapat ditambah baik lagi.




Tiada ulasan:

Catat Komen