16.2.14

Lawatan Dari PRS SMKA Bandar Penawar

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk terus melakukan amal ibadah dan kebaikan di dunia ini bagi bekalan akhirat kelak.

Semalam cikgu menerima pelawat. Ahli PRS dari SMKA Bandar Penawar melakukan kunjungan ke bilik cikgu. Ramai juga. Ustaz Ariff iaitu kaunselor sekolah itu yang membawa mereka. Katanya mahu belajar bagaimana nak dekorasi bilik bimbingan kaunseling seperti bilik cikgu.

Cikgu menerima dengan senang hati. Apa yang cikgu tahu akan cikgu ajar. Banyak juga yang dikongsikan bersama seperti:
-susun atur sistem fail
-pembahagian bilik sesi individu, kelompok dan bilik pengurusan
-Sudut
-dekorasi hiasan

Paling penting perlu lakar dahulu kedudukan bilik. Setting dahulu baru boleh kemas. Tema bilik juga penting. Macam tema bilik cikgu aura warna. Cikgu beri idea pada mereka agar jadikan bilik kaunseling bertema spa!!!

Mereka murid-murid sekolah menengah jadinya apa yang cikgu sampaikan mudah untuk diterima. beruntung sekolah menengah ni. Boleh disuruh murid-muridnya. Jika sekolah rendah memang semua dari A-Z cikgu yang kena buat. Bukan apa risau tangan murid kena gunting, salah buat ke..

Harapnya perkongsian yang berlangsung semalam mendapat input yang baik ok. Jumpa lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan