17.3.14

Lawatan dari GBK SK Kota Masai 2

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. Cikgu telah menerima kedatangan dari dua orang guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2, Pasir Gudang. Tujuannya ialah untuk berkongsi pandangan, nasihat dan tunjuk ajar bagaimana cikgu menguruskan perkhidmatan BNK di sekolah.

Untuk makluman pembaca blog cikgu, Sekolah Kebangsaan kota Masai 2 ni merupakan Naib Johan Bilik Pengurusan Cemerlang Bimbingan Kaunseling Negeri Johor untuk tahun 2013..Insyallah tahun depan boleh jadi Johan!!!  cikgu tak boleh masuk dah untuk beberapa tahun..kuikuikuiiiii..

Antara rentetannya:
-Ucapan aluan dari Guru Besar, Hj Ali b Md Sani.
-Melihat persekitaran sudut-sudut di dalam bilik
-Merujuk bahan PRS terutama Buku Aktiviti
-Pondok Clay Therapy dan fungsinya
-Merujuk Fail-fail
-Perbincangan dekorasi susun atur kedudukan bilik sesi individu dan kelompok
-Melihat dekorasi bilik kelas

Moga perbincangan yang tak seberapa ini dapat membantu cikgu meningkatkan perkhidmatan BNK di SK Kota Masai 2 nanti ya.. Insyallah




Tiada ulasan:

Catat Komen