11.3.14

Modul Akademik (Seronoknya Belajar)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk menghirup udara pinjaman dari Allah ini. Harapan cikgu, jadikanlah hari ini lebih baik dari hari-hari yang kita lalui semalam. Insyallah.

Hari semalam cikgu masuk ke kelas 5 Arif. Cikgu laksanakan bimbingan kelompok didalam kelas. Cikgu pilih Modul Akademik bertajuk Seronoknya Belajar!

Mari ikuti modul yang cikgu laksanakan ya.

BAHAN-BAHAN:
-Kertas mahjong
-Marker bewarna warni

LANGKAH-LANGKAH:
-Beri dahulu kumpulan. cikgu pecahkan kepada 5 kumpulan yang kecil.
-Time ni jangan edar dahulu kertas mahjong sebab nanti murid tak beri perhatian apa cikgu nak cakap ok.
-Cikgu terangkan dahulu ringkasan maksud seronoknya belajar.Juga langkah -langkah jadi pelajar cemerlang, petua kuatkan daya ingatan Dan contoh-contoh model murid cemerlang.
-Beri tajuk kepada setiap kumpulan dan murid menggunakan kretifan mereka untuk hasilkan point yang menarik ikut tajuk.
1-langkah -langkah jadi pelajar cemerlang,
2-petua kuatkan daya ingatan
3- model murid cemerlang.
4-Doa-doa kejayaan
5-List murid cemerlang

OBJEKTIF:
1-Murid dapat merasai keseronokan sebenar apabila berjaya dalam pelajaran
2-Murid didedahkan dengan insan-insan cemerlang yang berjaya dalam UPSR,PMR dan SPM



Tiada ulasan:

Catat Komen