4.4.14

Anugerah Kemenjadian Murid Bulan Februari

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Kali ini dek kesibukan cikgu lambat untuk umumkan anugerah kemenjadian murid bulan februari. Ini sudah masuk bulan ke 4. Tapi tidak mengapa yang penting cikgu masih teruskan dan insyallah akan teruskan hingga bulan 10 nanti.

Cikgu umukan pemenang bagi bulan februari ya

ANUGERAH MURID SURAU
SAYID ALIF FAZRI BIN SAYID HASSAN

ANUGERAH MURID BERAKHLAK MULIA
RABI'ATUL'ADAWIYAH BINTI KAMAL

ANUGERAH MURID BERPAKAIAN KEMAS
MOHAMAD AKID IDLAN B 'AZMI

ANUGERAH MURID PERAMAH
AWATIF AUFA BT SAIFUL HAZMI

ANUGERAH MURID RINGAN TULANG
SYAFIQAH ELYANA BT. RIZAL

Tahniah kepada para pemenang!!!

Cikgu harap anugerah ini menjadi satu langkah untuk melahirkan murid yang bersahsiah terpuji. Pastikan setiap bulan hadiah menjadi milik kamu ya!

Dibawah antara gambar yang sempat cikgu ambil. Tahniah!!!






Read More...

MODUL AKADEMIK (Pemusatan Berfokus)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harapnya semua sihat ya. Hari ini cikgu laksanakan bimbingan di kelas 6 Bestari. Pagi-pagi lepas dapat "cek", cikgu dah rangka-rangka nak buat bimbingan apa yang bersesuaian.... akhirnya cikgu pilih modul akademik dan tajuknya Pemusatan Berfokus.... tolong percaya ye, kebanyakan modul tajuknya cikgu reka sendiri!!

Matlamat cikgu ialah:
1-murid dapat berfikir dan keluarkan idea yang lain dari yang cikgu buat. Mereka boleh bina sendiri bentuk tersebut.

Ok ini bahan-bahannya:
-kertas
-pensil
-pemadam

Tak susahkan? bahan guna pun sikit saja. Cikgu hanya bekalkan kertas kuning lama tu saja.

Langkah-langkahnya:
1- Cikgu terangkan pada murid yang cikgu nak uji sama ada murid-murid boleh berfikir diluar kotak atau tidak..haaaa sila terangkan pada anak murid apa itu fikiran diluar kotak ok.
2-Cikgu buat 9 titik di papan hitam.
3-Cikgu beri penjelasan bahawa murid perlu gariskan setiap titik tersebut sepenuhnya. Cikgu beri contoh.....
4-Cikgu terangkan syarat permainan
 #TIDAK BOLEH ANGKAT PENSIL
#TIDAK BOLEH LALUI GARISAN YANG SUDAH DIBUAT
#TIDAK KISAH BENTUK APA YANG JADI YANG PENTING SEMUA TITIK PERLU DILALUI.






Read More...

MODUL KERJAYA (Matlamat Kerjaya)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Di tempat cikgu hujan tak? sini lama sudah tidak hujan. Allah tarik nikmat sedikit. Sama-samalah kita semua berdoa ya. Kasihan pada tumbuh-tumbuhan... pada yang kena catuan air...

Hari ini cikgu buat bimbingan dikelas 6 bestari. Cikgu pilih untuk bimbingan kerjaya.. fikir dan fikir dapatlah idea yang rasanya mudah sahaja. iaitu MATLAMAT  KERJAYA. mudah kan?? heheh

Matlamat cikgu:
1-Murid tahu pilihan kerjaya yang mereka sukai dan mahukan.


Alatan:
-Kertas
-pencil warna
-alat tulis

Langkah-langkah:
1-Cikgu soal murid siapa yang ada cita-cita. Cikgu terangkan secara ringkas guru adalah cita-cita cikgu. Banyak kerjaya yang boleh dipilih tetapi mestilah kerjaya yang disukai, seronok dan mampu untuk dipilih. Soal murid contoh pekerjaan yang mereka tahu.
2-Kemudian tulis dipapan hitam 5 pilihan kerjaya. Kemudian jadikan kepada 3 kerjaya. Kemudian 2 kerjaya dan akhir sekali 1 kerjaya utama.





Read More...

Penutupan Bulan Anti Dadah

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Sudah tiba ke penghujungnya iaitu bulan antidadah peringkat sekolah.

Harini diperhimpunan telah dilaksanakan penutupan bulan antidadah. Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Antara pertandingan yang dijalankan ialah:
-mencantum gambar bagi pra sekolah dan pendidikan khas
-mewarna bagi tahap 1
-pantun dadah bagi tahun 4 dan 5
-poster bagi tahun 6

Cikgu buat selama sebulan ya, bukan minggu... ada juga sekolah yang buat minggu dadah. Lama juga cikgu tak buat ceramah dadah..2 tahun jugalah. Insyallah tahun depan akan dilaksanakan.

Tahniah kepada pemenang. Tahun depan kita jumpa lagi ok.



Read More...

Therapy Pasir Bersama Anak-Anak Bekeperluan Khas

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Agak lama juga cikgu tak berkesampatan nak update perlaksanaan perkhidmatan bimbingan kaunseling cikgu didalam blog ini. Cikgu agak sibuk sekarang. Walau apa pun cikgu tetap akan curi-curi masa untuk laporkan perjalanan cikgu dalam memastikan anak-anak di SKBM menerima perkhidmatan BNK sepenuhnya.

Ok  kali ini cikgu bekerjasama dengan guru pendidikan khas sekolah cikgu untuk anak-anak bekeperluan khas ini. Kali ini kami laksanakan therapy pasir....seronok tau.

TEMA: THERAPY PASIR
JUMLAH MURID: 4 ORANG
TEMPAT: PANTAI BALAU, BANDAR PENAWAR

Mengapa Therapy Pasir?????????????

Sebab pasir salah satu bahan therapy untuk kanak-kanak istimewa. Bila berjalan dipasir mereka akan rasakan perbezaan pasir dan tanah biasa. Pasir membuatkan mereka jalan terhuyung hayang dan tidak tetap. Mereka akan cuba untuk berdiri dan berjalan dengan betul. Pasir juga membantu perkembangan otak kanak-kanak ini. Mereka boleh berimaginasi dan membentuk pasir mengikut apa yang mereka fikirkan.

Alatan yang diperlukan:
-Pelbagai jenis bentuk plastik seperti pencedok, kun, lori kecil, rotan bulat,

Langkah-langkah:
1- Cikgu letakkan gelung bulatan kepada 5 tempat.
2-murid diletakkan pada setiap gelung tersebut
3-Murid berhadapan dengan cikgu. Cikgu juga ada 1 gelung.
4-Cikgu tunjuk cara membuat bentuk muka kucing
5-Murid diberi alatan dan gunakan alatan untuk buat wajah haiwan seperti ikan, kucing, rumah
6-Biarkan murid buat sendiri dan cikgu pandu sedikit-sedikit
7-Cikgu perlu pergi kepada setiap murid dan ingatkan bentuk yang mereka mahu buat. Bantu murid bina hingga selesai.
Contohnya...
haaa...Zila nak buat kucing ya. Mesti comel kucing Zila kan. Tak sabar cikgu nak tengok. Kucing kena ada misai tau. Nanti jangan lupa buat misai macam ni.............








Read More...

2.4.14

Kursus Asas PRS Daerah Kota Tinggi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah MGKK SR Kota Tinggi bergerak laju nampaknya..Kali ini kami adakan Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya Daerah Kota Tinggi yang melibatkan 20 buah sekolah.... Alhamdulillah.

Meeting telah kami buat sebelumnya untuk membincangkan pembahagian AJK mengikut bahagian masing-masing. Setakat ini setiap AJK telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik.

INPUT:
-Tempat=SMKA Bandar Penawar
-Sasaran= ahli PRS tahap 2
-Bilangan sekolah= 20 buah sekolah
-Bilangan murid=103 orang murid
-Bilangan Fasilitator=20 orang fasilitator

Kali ini kami bekerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar dengan kekuatan 20 ahli PRS mereka yang cemerlang!

Aktiviti LDK semua fasilitator dari SMKA yang menguruskan. Alhamdulillah mereka sangat hebat!! Terima kasih SMKA moga kita dapat bekerjasama lagi.

Anak-anak murid cikgu pula yang seramai 4 orang telah mengikuti kursus ini. Mereka ternyata berasa seronok dan dapat belajar banyak kemahiran-kemahiran asas dalam PRS apabila membuat LDK. Kemahiran asa itu diterapkan setiap kali LDK dilakukan.






Read More...

Kursus Pemantapan PRS Guru BNK SR Kota Tinggi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca cikgu. Sedang ahli PRS menerima kemahiran-kemahiran asas PRS, guru-guru bimbingan kaunseling juga turut menerima ilmu. Kami adakan kursus pemantapan PRS bagi guru-guru.

Jadinya aktiviti ini berjalan serentak.. (^_^)

Cikgu memanggil Guru kaunseling dari Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu untuk memberikan ceramah berkaitan pemantapan PRS ini. Iaitu Cikgu Anida bt Ahmad.. Yang juga senior cikgu masa form 6 dahulu (^_^)

Cikgu Anida menyampaikan 4 slot iaitu:
1-Sejarah Penubuhan PRS
2-Etika PRS
3-Pemilihan PRS
4-Aktiviti PRS.
5-Persembahan Video Kelab Pelajar Cemerlang
6-Latihan aktiviti PRS oleh guru-guru

Banyak benar ilmu baharu yang cikgu terima. Lebih-lebih lagi melibatkan pemilihan PRS dan aktiviti yang bersesuaian yang boleh cikgu laksanakan di sekolah.

Terima kasih cikgu anida!!



Read More...