2.4.14

Kursus Asas PRS Daerah Kota Tinggi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah MGKK SR Kota Tinggi bergerak laju nampaknya..Kali ini kami adakan Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya Daerah Kota Tinggi yang melibatkan 20 buah sekolah.... Alhamdulillah.

Meeting telah kami buat sebelumnya untuk membincangkan pembahagian AJK mengikut bahagian masing-masing. Setakat ini setiap AJK telah menjalankan tugas masing-masing dengan baik.

INPUT:
-Tempat=SMKA Bandar Penawar
-Sasaran= ahli PRS tahap 2
-Bilangan sekolah= 20 buah sekolah
-Bilangan murid=103 orang murid
-Bilangan Fasilitator=20 orang fasilitator

Kali ini kami bekerjasama dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar dengan kekuatan 20 ahli PRS mereka yang cemerlang!

Aktiviti LDK semua fasilitator dari SMKA yang menguruskan. Alhamdulillah mereka sangat hebat!! Terima kasih SMKA moga kita dapat bekerjasama lagi.

Anak-anak murid cikgu pula yang seramai 4 orang telah mengikuti kursus ini. Mereka ternyata berasa seronok dan dapat belajar banyak kemahiran-kemahiran asas dalam PRS apabila membuat LDK. Kemahiran asa itu diterapkan setiap kali LDK dilakukan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan