4.4.14

MODUL AKADEMIK (Pemusatan Berfokus)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harapnya semua sihat ya. Hari ini cikgu laksanakan bimbingan di kelas 6 Bestari. Pagi-pagi lepas dapat "cek", cikgu dah rangka-rangka nak buat bimbingan apa yang bersesuaian.... akhirnya cikgu pilih modul akademik dan tajuknya Pemusatan Berfokus.... tolong percaya ye, kebanyakan modul tajuknya cikgu reka sendiri!!

Matlamat cikgu ialah:
1-murid dapat berfikir dan keluarkan idea yang lain dari yang cikgu buat. Mereka boleh bina sendiri bentuk tersebut.

Ok ini bahan-bahannya:
-kertas
-pensil
-pemadam

Tak susahkan? bahan guna pun sikit saja. Cikgu hanya bekalkan kertas kuning lama tu saja.

Langkah-langkahnya:
1- Cikgu terangkan pada murid yang cikgu nak uji sama ada murid-murid boleh berfikir diluar kotak atau tidak..haaaa sila terangkan pada anak murid apa itu fikiran diluar kotak ok.
2-Cikgu buat 9 titik di papan hitam.
3-Cikgu beri penjelasan bahawa murid perlu gariskan setiap titik tersebut sepenuhnya. Cikgu beri contoh.....
4-Cikgu terangkan syarat permainan
 #TIDAK BOLEH ANGKAT PENSIL
#TIDAK BOLEH LALUI GARISAN YANG SUDAH DIBUAT
#TIDAK KISAH BENTUK APA YANG JADI YANG PENTING SEMUA TITIK PERLU DILALUI.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan