4.4.14

MODUL KERJAYA (Matlamat Kerjaya)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Di tempat cikgu hujan tak? sini lama sudah tidak hujan. Allah tarik nikmat sedikit. Sama-samalah kita semua berdoa ya. Kasihan pada tumbuh-tumbuhan... pada yang kena catuan air...

Hari ini cikgu buat bimbingan dikelas 6 bestari. Cikgu pilih untuk bimbingan kerjaya.. fikir dan fikir dapatlah idea yang rasanya mudah sahaja. iaitu MATLAMAT  KERJAYA. mudah kan?? heheh

Matlamat cikgu:
1-Murid tahu pilihan kerjaya yang mereka sukai dan mahukan.


Alatan:
-Kertas
-pencil warna
-alat tulis

Langkah-langkah:
1-Cikgu soal murid siapa yang ada cita-cita. Cikgu terangkan secara ringkas guru adalah cita-cita cikgu. Banyak kerjaya yang boleh dipilih tetapi mestilah kerjaya yang disukai, seronok dan mampu untuk dipilih. Soal murid contoh pekerjaan yang mereka tahu.
2-Kemudian tulis dipapan hitam 5 pilihan kerjaya. Kemudian jadikan kepada 3 kerjaya. Kemudian 2 kerjaya dan akhir sekali 1 kerjaya utama.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan