4.4.14

Therapy Pasir Bersama Anak-Anak Bekeperluan Khas

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Agak lama juga cikgu tak berkesampatan nak update perlaksanaan perkhidmatan bimbingan kaunseling cikgu didalam blog ini. Cikgu agak sibuk sekarang. Walau apa pun cikgu tetap akan curi-curi masa untuk laporkan perjalanan cikgu dalam memastikan anak-anak di SKBM menerima perkhidmatan BNK sepenuhnya.

Ok  kali ini cikgu bekerjasama dengan guru pendidikan khas sekolah cikgu untuk anak-anak bekeperluan khas ini. Kali ini kami laksanakan therapy pasir....seronok tau.

TEMA: THERAPY PASIR
JUMLAH MURID: 4 ORANG
TEMPAT: PANTAI BALAU, BANDAR PENAWAR

Mengapa Therapy Pasir?????????????

Sebab pasir salah satu bahan therapy untuk kanak-kanak istimewa. Bila berjalan dipasir mereka akan rasakan perbezaan pasir dan tanah biasa. Pasir membuatkan mereka jalan terhuyung hayang dan tidak tetap. Mereka akan cuba untuk berdiri dan berjalan dengan betul. Pasir juga membantu perkembangan otak kanak-kanak ini. Mereka boleh berimaginasi dan membentuk pasir mengikut apa yang mereka fikirkan.

Alatan yang diperlukan:
-Pelbagai jenis bentuk plastik seperti pencedok, kun, lori kecil, rotan bulat,

Langkah-langkah:
1- Cikgu letakkan gelung bulatan kepada 5 tempat.
2-murid diletakkan pada setiap gelung tersebut
3-Murid berhadapan dengan cikgu. Cikgu juga ada 1 gelung.
4-Cikgu tunjuk cara membuat bentuk muka kucing
5-Murid diberi alatan dan gunakan alatan untuk buat wajah haiwan seperti ikan, kucing, rumah
6-Biarkan murid buat sendiri dan cikgu pandu sedikit-sedikit
7-Cikgu perlu pergi kepada setiap murid dan ingatkan bentuk yang mereka mahu buat. Bantu murid bina hingga selesai.
Contohnya...
haaa...Zila nak buat kucing ya. Mesti comel kucing Zila kan. Tak sabar cikgu nak tengok. Kucing kena ada misai tau. Nanti jangan lupa buat misai macam ni.............








Tiada ulasan:

Catat Ulasan