5.5.14

Kem Pemantapan Sahsiah Islam

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum semua.  Alhamdulillah terlaksana sudah program Kem Pemantapan Sahsiah Islam yang cikgu idam-idamkan sebelum ini. Terlaksana akhirnya. Syukur juga cikgu mendapat kerjasama yang sangat baik dari Ustazah Nurul Iffah dan Cikgu Hamka (guru sekolah kami) untuk saling bekerjasama.

Sebab apa cikgu buat kem ini?

Sebab risau dengan gejala sosial sekarang yang mencanak naik dan meluas. Dari seawal umur beginilah kita kena didik dan beri panduan yang betul kepada murid-murid ini agar mereka tahu bezakan hal yang baik dan buruk.

Sepanjang kem ini berjalan, bacaan selawat, dan zikir munajat cikgu perdengarkan tanpa henti.

Cikgu bahagikan kepada 3 slot.

Slot 1-Ceramah Motivasi Mujahid dan Mujahidah Solehah (Cikgu)
SLot 2- Ldk islami (Cikgu Hamka)
Slot 3- Tayangan video dan muhasabah diri (Ustazah Nurul)

Alhamdulillah syukur juga sebab berjaya laksanakan misi kami iaitu mahu anak-anak ini makan didalam dulang bersama-sama. Cikgu mahu semai sunnah Nabi dan cara kehidupan Nabi..Wahhhhh sangat seronok.









Tiada ulasan:

Catat Komen