5.5.14

Modul Bimbingan Psikososial. Tajuk Siapa Saya?

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikhu.. haaaaa hari ini cikgu laksanakan bimbingan kelompok bersama murid kelas 1 Arif. Darjah 1 tau....

Biasanya darjah 1 hanya bimbingan asas je yang kita boleh buat. Sebab aras mereka masih rendah. Perkataan/ kata-kata pun biarlah dengan bahasa yang mudah dan biasa mereka dengar. Faham??

kali ni cikgu laksana bimbingan psikososial tajuk Siapa Saya??..

Cikgu fikir murid darjah 1 kena kenal diri mereka dahulu. Maksud cikgu, kenal jantina, nama, alamat rumah, hobi dan sebagainanya. Pokok pangkalmya hal yang mudahla. Agar apabila mereka kenal diri mereka , mereka akan lebih sayang pada diri sendiri.

Objektif:
1-Murid akan lebih mesra dengan rakan-rakan sekelas

Bahan:
-Kertas A4
-Kaler pensil

Langkah-langkah:
1-Cikgu perkenalkan diri cikgu. Cikgu sebut nama cikgu berulang kali

"Nama cikgu Norazizah bt A.Rahman. Norazizah nama yang diberi oleh arwah mak cikgu. Siapa nama cikgu murid-murid??....

kemudian sebut juga tempat tinggal , hobi dan lain-lain.

2-Kemudian minta pula murid menulis nama popular/jolokan/timangan yang diberi oleh ibu ayah dan rakan mereka. Tulis dengan tulisan paling cantik sekali.

3-Lepas siap minta murid letak atas meja masing-masing. Semua murid akan dapat lihat nama rakan-rakan lain. Di sini minta murid secara individu memanggil nama panggilan murid lain ikut nama yang ditulis.






Tiada ulasan:

Catat Komen