5.5.14

Rentetan Kes

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga kita semua berada dibawah keredhaan dan keberkatan dariNya..amiinn..

Hari ini cikgu nak sebut tentang UGUT/BULI..

Ada beberapa kes yang cikgu ambil dahulu melibatkan hal ugut dan buli. Tapi namanya sekolah rendah, kawasan kampung pula tu. jadi ugut dan buli yang dimakudkan takdalah serius..hehehe..

Tapi cikgu tetap kategorikan ianya sebagai kes ugut/buli agar murid tahu perkara tersebut dikategorikan sebagai apa..

Gambar dibawah salah seorang murid yang menjadi mangsa. Seperti biasa nama dirahsiakan. Hanya cikgu, murid tersebut dan ibu bapanya yang mengetahui.

Guru-guru yang mengajar kena juga perhati murid didalam kelas. Adakala murid itu menjadi mangsa buli rakannya seperti asik minta duit, suruh buat kerja rumah dan sebagainya.

 Gambar dibawah adalah kesan dari cubitan rakannya. Cikgu ulang lagi, kesan dari CUBITAN..

Murid tidak tahu perlakuan itu salah dan agresif. Hanya sekadar suka-suka dan tiada niat mahu membuli rakan atas faktor tidak tahu itu diistilahkan sebagai buli.

Anak-anak jika membaca blog cikgu ini jadilah murid yang berakhlak murni. Tahu bezakan baik dan buruk. Agar kita disayangai oleh rakan-rakan, ibu bapa dan juga guru. Pastinya anak-anak tidak suka jika semua rakan membenci kan????




Tiada ulasan:

Catat Komen