30.6.14

Ramadhan Bertamu

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu...


Alhamdulillah hari ini puasa kedua didalam bulan ramadhan. Syukur kita semua diberi peluang untuk bertemu ramadhan kembali. Adakah tahun depan kita dapat bertemu? tiada jawapan untuk itu. Oleh kerana itu anggaplah ramadhan ini adalah ramadhan kita yang terakhir. Rebutlah peluang ini sebaik mungkin.. peluang apa anak-anak cikgu??

Peluang berpuasa

peluang bertarawih

peluang memberikan sedekah berupa makanan kepada jiran-jiran

Peluang membaca al-quran pada waktu rehat disekolah

peluang untuk jaga hati, fikiran dan lidah

Rebutlah peluang ini...

Murid di sekolah cikgu juga hari ini sudah bermula Program tadarus al-quran dikelas pada waktu rehat..
Read More...

20.6.14

Modul Sahsiah Diri (Nilai Murni)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu buat bimbingan dikelas 5 arif.  Modul mudah je kali ni berkaitan sahsiah diri iaitu Nilai Murni. Mudah kan???????

Nama pun sekolah rendah jadi cikgu tukar dari pot pet pot pet kepada game sikit. Lagipun bila dah darjah 5 murid dah banyak tahu nilai murni. kalau tahap 1 cikgu akan terangkan dan jelaskan nama nilai murni itu. tetapi bila dah darjah 5 ni mereka dah tahu banyak. Karang kita ulang-ulang mereka bosan. (cikgu dah try tanya siapa tahu nilai murni semua angkat tangan sambil mulut sebut tak henti-henti nilai murni yang mereka tahu)

Ojektif:
-Memahami lebih mendalam nilai-nilai murni

Bahan:
-Kertas
-Alat tulis

Langkah:
1-Senang je. Masa yang diberi 30 minit je untuk bimbingan kali ni jadi cikgu laju je. Lepas berlaku soal jawab dengan murid tentang nilai murni, cikgu uji pengetahuan mereka.
2-Katakan jika mereka tahu benar nilai murni pastinya mereka dapat teka dengan baik.
3-CIkgu tulis 13 ejaan nilai murni terbalik...kuikuikui
4-Murid salin dan jawab.
5-Nyatanya sambil menulis mulut mereka tak henti cuba nak meneka. Yang syoknya jawapan mereka semua ayat-ayat nilai murni....

Lepas ni nanti periksa bahasa melayu pasti A!








Read More...

Modul Sahsiah Diri (Wasiat)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Hari ni cikgu masuk kekelas 4 bestari. Cikgu laksanakan bimbingan didalam kelas. Kali ni guna modul sendiri sahaja. Tak guna modul dalam buku yang diberi oleh KPM. Tapi rasanya pembaca blog cikgu yang guru bnk pun pernah dengar tentang SURAT WASIAT kan??  atau juga pernah buat kan??

Haaaa.. kali ni cikgu buat modul sahsiah diri iaitu wasiat. Kenapa sahsiah diri bukan keibubapaan?? kerana wasiat yang ditulis memungkinkan murid itu sedar akan perilaku mereka yang tidak benar kepada ibu bapa mereka. Kesedaran itu perlu agar dapat menimbulkan imej sahsiah diri yang baik dalam diri mereka.

Objektif:
-Menimbulkan kesedaran dan keinsafan

Bahan:
-Sehelai kertas
-Alat tulis

Langkah:
1- Cikgu masuk kekelas dan memulakan sesi pengajaran dengan menceritakan beberapa kisah anak derhaka. (cikgu ambil kisah sin tanggang, batu belah batu bertangkup, bawang merah bawang putih...heheh nama pun sekolah rendah kan, budak-budak suka cerita ni)
2-Soal jawab dahulu dengan murid-murid
 -apa sikap mereka yang tidak baik
 -Berikan 3 sifat negatif dalam cerita ini
3-Cikgu bacakan sebuah sajak tajuk ibu. Masa ini murid diminta tutup mata dan senyap. Cikgu katakan pada mereka agar fahami dan dengar sajak cikgu sebab nanti cikgu nak pilih murid untuk jawab soalan berkaitan sajak ini..Tetapi tak soal pun. Saja nak bagi mereka diam. kuikuikui
4-Kemudian murid buka mata. Cikgu minta murid keluarkan sehelai kertas. Cikgu minta mereka bayangkan dari umur mereka tadika hingga sekarang apa perlakuan mereka yang buat mak ayah mereka sedih.. kena fikirkan 3 benda:
 -Sikap
 -Perbuatan
 -Percakapan
4-Kemudian cikgu bayangkan satu situasi kepada murid andainya esok mak atau ayah mereka meninggal dunia terlibat dalam kemalangan, meninggal dalam tidur dan sebagainya...
5-Murid perlu tuliskan sebuah surat kepada mak dan ayah mereka andainya mereka tahu mak dan ayah mereka akan meinggal esok. Minta murid tulis tanpa rahsiakan apa-apa kerana ini sahaja peluang yang mereka ada untuk meminta maaf.

#murid sampai tutup-tutup buku tau tak bagi kawan sebelah tengok.heheh



Read More...

Buku Profil Murid Hadiri Bimbingan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Assalamualaikum... Jengggg!!!

Ni rupa bentuk buku profil murid yang hadiri sesi bimbingan .. tapi setakat ni belum pernah guna lagi. Baharu saha mereka dan hantar fotosted...

Dah cuba tunjuk pada encik ppd dan katanya boleh guna. hehehhe






Read More...

Program Dari Kalbu ke Kalbu

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualikum kepada semua pembaca blog cikgu.  Program Dari Kalbu Ke Kalbu kali ini cikgu selitkan didalam Hari Terbuka sekolah. Disebab kan ibu bapa akan hadir pada hari tersebut, cikgu dah bincang dengan guru besar untuk ambil kesempatan berjumpa dengan ibu bapa murid tahun 6.

Kami libatkan semua murid tahun 6 dan penjaga mereka. Perkongsian markah keputusan peperiksaan pertengahan tahun oleh guru besar kepada ibu bapa. Ibu bapa juga boleh terus bertanyakan hal akademik anak mereka kepda guru kelas yang duduk dibarisan hadapan mereka.

Pelbagai perkongsian oleh guru besar yang sangat bagus dan penting akan pencapaian anak-anak SK Bandar Mas ini. Ada juga diselitkan taklimat ringkas info berkaitan pemakanan minda oleh wakil yang dipanggil.

Selepas habis taklimat yang diberikan oleh guru besar, barulah ibu bapa boleh mengambil kad laporan anak-anak mereka. harapan cikgu agar perkongsian ini dapat membuka mata, membuka pandangan fikiran ibu ayah demi masa depan anak-anak kita.







Read More...

PSIKOMETRIK KU TUNGGU MU DATANG

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harapnya kita semua sihat ya.

Macam menarik pula tajuk kali ni. huhuhuhu...

Semasa taklimat psikometrik ni dulu, orang tu kata cikgu kena sediakan almari untuk simpan fail, maklumat, dan jawapan murid. Katanya tak boleh dilihat oleh sesiapa.

Oleh kerana rak dibilik bimbingan semua sudah penuh, cikgu tak mampu nak beli baru. Bukan apa, tahun lepas banyak juga cikgu keluarkan duit sendiri untuk menghias bilik. Kiranya untuk tahun ni cikgu nak kurangkan bajet.huhahahaha

Kebetulan semasa sambutan hari guru, tukar-tukar hadiah cikgu dapat rak. Walau pendek je rak tu tapi cikgu dah bersyukur sangat... Jadilah macam kat bawah ni

Read More...

ujian uptitud am tahun 4, 2014

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Akhirnya berlangsung juga ujian psikometrik atau pun dinamakan ujian uptitud am kepada murid-murid tahun 4. Memo sudah cikgu maklumkan kepada guru-guru yang mengajar dikelas tersebut selepas rehat.

Cikgu yang edarkan kertas soalan kepada 3 buah kelas tahun 4 itu sebab cikgu juga mahu menerangkan cara menjawab dikertas jawapan yang agak pelik sikit tu. huhuhuh

Cikgu juga tidak mahu murid menanda dikertas soalan sebab kertas soalan tu cikgu nak guna untuk tahun 3 dan tahun depan juga. Rugi kalau fotosted je tiap kali nak periksa.. sebab soalan sama kannnnnnn..

Ulang alik jugalah cikgu kekelas-kelas ni untuk lihat murid boleh jawab atau tidak. Selepas selesai, kertas jawapan cikgu beri pada guru kelas untuk tanda, kemudian mereka pulang pada cikgu untuk cikgu buatkan profil murid.







Read More...

Ceramah Motivasi Ibu Bapa Murid Linus

Bismillahirrahmannirrahim .. When the sweet write (^ _ ^)

Asalamualaikum to all readers teacher. What Khabar yes? healthy-healthy hope all is ok.
This time Linus coordinator for the school is a joint program of the children's parents Linus. teacher as Linus Committee would be involved. Teacher task this time is to give motivational talks to the children's parents this Linus.

I think this second year teacher gave a motivational talk to the parents of pupils Linus. What I'm going to help afford assisted. We come here to help these children. Teachers to take early hours of this talk is probably slot 1. Because after the teacher talks to be managed psychometric tests were also carried out on the same day.

Some of the teachers emphasize to parents is:
1-level development of each child are not the same
2-The role of mother father home for children's learning
3-Errors by parents of children

Then after the expiration of slot teachers, in turn slot from PPD fasilnus to teach how parents can teach appropriate learning tools and teachers with children dirumah.Tak wrong name MARI this technique, EJA, QUOTATION AND READ.






Read More...

Lawatan Semarak Kasih

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum semua. Sempena hari guru , sekolah adakan beberapa siri lawatan kerumah beberapa orang individu yang mengalami masalah kesihatan. Kita memberikan sedikit sumbangan berupa barangan dapur dan sedikit duit tunai.

Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik. Ayah cikgu juga antara insa terpilih itu. Moga ayah cikgu kembali sihat.

Program semarak kasih hari guru ini sudah dijalankan selama 3 tahun. Insyallah akan dijadikan aktiviti tahunan sekolah.





Read More...

Notis Ujian Psikometrik Tahun 4

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Cikgu dah keluarkan NOTIS UJIAN PSIKOMETRIK..

Tahun ni baharu tahun pertama jadinya mungkin ada sedikit kepayahan untuk memahaminya. Namun takpa, perlahan-lahan boleh belajar. Cikgu dah pergi berjumpa pelajar tahun 4 untuk terangkan apa itu ujian psikometrik ini..

Kali pertama ni buat untuk tahun 4 dahulu iaitu 4 arif, bestari dan cerdas..  insyaAllah bulan 10 cikgu buat untuk tahun 3 pula. tungguuuuuuuuuuuu
Read More...

Seminar Bimbingan Peperiksaan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Pada hujung minggu ni cikgu hantar beberapa orang murid yang terpilih mengikuti Seminar Bimbingan Peperiksaan anjuran Tabung Haji dan Kelab Taha.

Cikgu diminta menyenaraikan beberapa nama murid-murid yang cemerlang mengikut keputusan peperiksaan terkini. (ujian 1). Kemudian setelah dihantar ke tabung haji, pihak tabung haji pula akan memilih dan menilai pelajar yang layak.

Rezekilah bagi beberpaa pelajar yang layak ini. Tahniah ya! gunakan kesempatan ini untuk timba ilmu yang diberikan oleh pakar-pakar mengikut mata pelajaran.

Tempat: Kolej Profesional Mara Bandar Penawar



Read More...

Buku Aktiviti

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. haaaaaa nak cerita ni. Biasa masuk kelas cikgu akan buat sedikit aktiviti dalam bimbingan di kelas. Nak elak murid bosan. Ciku pun bosan bila asik pot pet je tanpa buat aktiviti pergerakan.

Cikgu cari-cari buku aktiviti yang cikgu boleh beli, akhirnya jumpa. Ada 4 bukunya:
1-Belajar melalui bermain
2-Ayo bermain
3-Belajar dengan heboh
4-52 fun family full game

Buku-buku ini datang dari indonesia dengan bahasa indonesia juga. Tak kisahlah yang penting faham dan dapat membantu cikgu.. heheh






Read More...

Kursus Art Therapy

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

BERITA BAIK!!

Sesiapa yang mahu menimba ilmu?Minat therapy?

LET'S JOIN OUR

JOM KITA SERTAI 


Read More...

Tangga Kerjaya

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hujung minggu lepas adalah cikgu buat sedikit projek. Hahaha..macam besar je namanya projek tu.

Cikgu buat tangga belah kiri yang naik ke bilik cikgu ditingkat 3 tu dengan bahan-bahan info berkaitan dengan kerjaya.

Murid lalu bolehlah bacakan.

2 hari cikgu kerjakan tanggan tu. Lepas 2 hari diam kejap. Nanti lah lepas habis sukan sekolah cikgu nak sambung semula hiasan lorong tangga tu.


Read More...