20.6.14

Modul Sahsiah Diri (Wasiat)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Hari ni cikgu masuk kekelas 4 bestari. Cikgu laksanakan bimbingan didalam kelas. Kali ni guna modul sendiri sahaja. Tak guna modul dalam buku yang diberi oleh KPM. Tapi rasanya pembaca blog cikgu yang guru bnk pun pernah dengar tentang SURAT WASIAT kan??  atau juga pernah buat kan??

Haaaa.. kali ni cikgu buat modul sahsiah diri iaitu wasiat. Kenapa sahsiah diri bukan keibubapaan?? kerana wasiat yang ditulis memungkinkan murid itu sedar akan perilaku mereka yang tidak benar kepada ibu bapa mereka. Kesedaran itu perlu agar dapat menimbulkan imej sahsiah diri yang baik dalam diri mereka.

Objektif:
-Menimbulkan kesedaran dan keinsafan

Bahan:
-Sehelai kertas
-Alat tulis

Langkah:
1- Cikgu masuk kekelas dan memulakan sesi pengajaran dengan menceritakan beberapa kisah anak derhaka. (cikgu ambil kisah sin tanggang, batu belah batu bertangkup, bawang merah bawang putih...heheh nama pun sekolah rendah kan, budak-budak suka cerita ni)
2-Soal jawab dahulu dengan murid-murid
 -apa sikap mereka yang tidak baik
 -Berikan 3 sifat negatif dalam cerita ini
3-Cikgu bacakan sebuah sajak tajuk ibu. Masa ini murid diminta tutup mata dan senyap. Cikgu katakan pada mereka agar fahami dan dengar sajak cikgu sebab nanti cikgu nak pilih murid untuk jawab soalan berkaitan sajak ini..Tetapi tak soal pun. Saja nak bagi mereka diam. kuikuikui
4-Kemudian murid buka mata. Cikgu minta murid keluarkan sehelai kertas. Cikgu minta mereka bayangkan dari umur mereka tadika hingga sekarang apa perlakuan mereka yang buat mak ayah mereka sedih.. kena fikirkan 3 benda:
 -Sikap
 -Perbuatan
 -Percakapan
4-Kemudian cikgu bayangkan satu situasi kepada murid andainya esok mak atau ayah mereka meninggal dunia terlibat dalam kemalangan, meninggal dalam tidur dan sebagainya...
5-Murid perlu tuliskan sebuah surat kepada mak dan ayah mereka andainya mereka tahu mak dan ayah mereka akan meinggal esok. Minta murid tulis tanpa rahsiakan apa-apa kerana ini sahaja peluang yang mereka ada untuk meminta maaf.

#murid sampai tutup-tutup buku tau tak bagi kawan sebelah tengok.heheh



Tiada ulasan:

Catat Komen