7.7.14

Modul Kerjaya (1 murid 2 kerjaya)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.
Hari ini cikgu buat bimbingan bersama murid kelas 3 bestari. Cikgu bawa murid ke bilik bimbingan. Mudah nak laksanakan sebab bahan kerjaya yang cikgu nak buat ini banyak dibilik bimbingan kaunseling iaitu buku skrap kerjaya.

Kali ini cikgu pilih modul kerjaya.

MODUL:KERJAYA
TAJUK: 1 MURID 2 KERJAYA

OBJEKTIF: Murid mendapat pendedahan 2 pekerjaan melalui buku skrap yang dibaca.

LANGKAH:
-Cikgu berikan sedikit info apa itu kerjaya..pekerjaan...maksudnya kepada murid-murid. Sebab murid tahap 1 ramai tak faham maksud kerjaya atau cita-cita. Yang mereka tahu KERJA..
-kemudian cikgu berikan seroang murid 1 buku skrap kerjaya.  Murid perlu baca dan lihat buku skrap tersebut.
-kemudian selepas habis baca murid perlu tukar buku skrap dari rakan sebelah. Maknanya seorang murid akan baca 2 buku skrap kerjaya dan punya 2 pekerjaan.
-Cikgu menyoal secara rambang 4 orang pelajar untuk bertanya kerjaya apa yang mereka baca.


Ok...kita akan sambung baca buku skrap kerjaya lain pula lepas ini..Tak boleh terang lebih-lebih sangat nanti mereka lagi pening nak faham. Jika murid tahap 2 tu bolehlah ya..













Tiada ulasan:

Catat Komen