7.7.14

Motivasi Ramadhan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. apa khabar hari ini? moga kita selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Jiwa yang tenang dan merasai nikmat ibadah.

Ok, kali ni cikgu nak bawa pembaca semua kepada sebuah program motivasi disekolah cikgu iaitu MOTIVASI RAMADHAN. Sebenarnya kebetulan seorang consultan ini  datang kesekolah cikgu nak promosikan kem motivasi pada 12hb ini. Jadi dia pun offer untuk bagi sedikit taklimat kepada murid tahun 5 dan 6.

Alhamdulillah pelbagai input yang sangat bagus diberikan. Suasana menjadi riuh rendah dengan respon dari murid-murid. Paling teruja melihat penceramah ini sering membuat lawak. Suaranya persis pakar motivasi terkenal yang sering keluar di kaca tv iaitu dr fadzilah kamsah..

Terima kasih Encik Mohd Zaidi bin Abdullah. Insyallah tahun depan kita boleh bekerjasama lagi ya. Sudah terfikir mahu berkaloborasi dengan beberapa buah sekolah untuk laksanakan program motivasi nanti.

Oh ya, berkenaan program kem motivasi pada 12hb ini di Batu layar, murid-murid tahun 5 dan 6 SKBM boleh serahkan borang daftar dan duit kepada cikgu selewatnya hari rabu ini ya.















Tiada ulasan:

Catat Komen