10.7.14

Program Tazkirah Motivasi Untuk Tahun 6

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu..  Tazkirah Motivasi ini merupakan program dibawah panitia agama islam dan bantuan juga dari guru bimbingan kaunseling.

Kebiasaannya Tazkirah Motivasi ini disampaikan selepas habis bacaan yasin dan solat hajat murid tahun 6 setiap hari khamis di surau sekolah. Semua pentadbir iaitu Guru Besar, GPK 1, GPK HEM, GPK KOKO, Guru BNK, dan Cikgu Arshad akan ada giliran memberikan tazkirah Motivasi.

Contohnya hari ini khamis 10 Julai 2014 giliran guru besar dahulu yang memberikan tazkirah motivasi. Minggu depan giliran GPK 1 dan seterusnya.

Kami tidak mahu murid-murid tahun 6 putus asakan dan aura positif mereka sehinggalah habis UPSR. Ini salah satu cara untuk pihak sekolah menyemai dan menanam suntikan semangat pada diri anak-anak tahun 6.

Tunggukan giliran cikgu ya. Ada tajuk menarik yang akan cikgu kupas nanti.



Tiada ulasan:

Catat Komen