24.8.14

Melawat Bilik BNK SK Bandar Penawar 2

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Ini kali kedua cikgu melawat bilik bimbingan kaunseling SKBP2. Sebenarnya kali pertama dibilik lain. Kiranya ini baru berpindah lah. kali ini bilik baru ni merupakan bilik fail dahulu. Jadi cikgu radiah minta kepada sekolah untuk pindha kebilik ini kerana berdekatan dengan kelas dan murid. jadi bilik fail telah ambil bilik kaunseling yang lama.

Kebetulan cikgu ada tugas disekolah ini. Cikgu jadi Juruacara untuk karnival kesenian dan kebudayaan pendidikan khas. Lepas selesai tugas cikgu lari ke bilik ni. Lawa Ok!!!! tu yang boleh cikgu cakap.

Bilik ni masih dalam proses ubah suai. Warna Hijau!, lokasi strategik! Macam-macam sudut boleh bina diluar koridor!

Eeeee seronoknya kalau cikgu dapat bilik ni. cewahhhh...

Bolehla tahun depan UBK SKBP2 wakil Kota Tinggi untuk pertandingan pengurusan bilik bimbingan dan kaunseling negeri. Cikgu sokong!.. Tahniah kak Radiah. Tentu lagi 2 bulan bilik ni dah lengkap dan superb!








Read More...

Bimbingan Berfokus Dalam Sesi Ceramah

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.pada 20 ogos cikgu diminta untuk beri motivasi kepada murid Sekolah Sukan tengku Mahkota Ismail. Murid tahun 6 dia hanya ada 8 orang sahaja. termasuk 2 orang pelajar tahun 5.

Oleh kerana hanya ada 10 orang cikgu beri motivasi seperti didalam kelas bimbingan. iannya memudahkan cikgu sendiri untuk beri tumpuan sorang-sorang murid tersebut.  Jadinya cikgu dapat fokus kepada mereka melalui 2 buah kumpulan.

Untuk hari ini cikgu berikan beberapa slot:
1-Slot motivasi
2-Slot peta kehidupan
3-Slot bimbingan berfokus Telayus.

bagi bimbingan berfokus, cikgu telah minta guru kaunseling memberikan keputusan percubaan upsr anak-anak ini. Melalui keputusan itu cikgu memilih bentuk bimbingan berfokus yang bersesuaian buat mereka iaitu Bimbingan Berfokus Halus.

Cikgu ada muat turun video contoh cikgu buat bimbingan berfokus menggunakan Telayus ini didalam groub FB iaitu Perkongsian Bahan Bimbingan Kaunseling. Agak laju kerana cikgu perlu buat 2 kumpulan serentak.




















Read More...

19.8.14

Bimbingan Berfokus

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Hari ini cikgu panggil 4 murid tahun 6 B yang sudah dikenal pasti berdasarkan keputusan percubaan UPSR yang lepas. Murid ini ada gagal didalam 1 matapelajaran. Cikgu sangat mengambil berat hal tersebut. Mereka murid yang berpotensi.  Cikgu laksanakan bimbingan berfokus yang berkaitan dengan isu tersebut. Besar harapan cikgu agar mereka dapat "sesuatu" dalam "TELAYUS" ini.

TELAYUS= Terapi Clay Berfokus.

Insyallah masih ada masa lagi untuk cikgu bantu mereka. Cikgu akan panggil pula murid dikelas 6C selepas ini yang juga berhadapan dengan masalah yang sama.





Read More...

taklimat Sentuhan kasih untuk 10 SM dan 8 SR kota Tinggi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Alhamdulillah cikgu dan 3 lagi pembina modul sentuhan kasih untuk "Ponteng" sudah selesai menyiapkannya. Hari ini kami hadir untuk membantu jika ada sebarang permasalahan yang ingin diajukan berkaitan modul ini.

Pihak PPD sudah memanggil pengetua/gpk hem, dan guru kaunseling untuk 8 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah yang terlibat didalam program ini.

Sekolah ini terpilih dari sekolah-sekolah lain berdasarkan laporan ketidahadiran ponteng sekolah kota tinggi bulan mei,jun dan julai 2014.

Insyallah sekolah terlibat perlu memulakannya 1hb september ini sehingga awal bulan 11. Kita akan berjumpa lagi pada bulan 11 sebelum cuti persekolahan. Butiran modul tidak dapat cikgu terangkan dengan terperinci didalam blog ini.

Moga-moga dapat membantu sekolah-sekolah terlibat mengurangkan kadar 1% ponteng melibatkan jumlah 24 orang murid sasaran sekolah. aminnn

Read More...

Sambutan Bulan kemerdekaan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Salam Merdeka!

Selaku penyelaras Bulan kemerdekaan memang sudah menjadi rutin cikgu untuk mempersiapkan program yang bersesuaian sempena bulan kemerdekaan tahun ini.  Alhamdulillah cikgu mendapat kerjasam dari cikgu arsyad iaitu guru sivik dimana cikgu ambil murid tahap 1 dari pra sekolah, pendidikan khas, darjah 1-3 manakala cikgu arsyad mengambil murid tahap 2 iaitu darjah 4-6.

Perasmian sudah berlangsung diperingkat sekolah. Sempena perasmian antara aktiviti yang sudah diatur ialah:
-nyanyian lagu tema "disini lahirnya sebuah cinta"
-Kuiz kemerdekaan
-Penyerahan bendera simbolik 1 guru 2 bendera
-bacaan sajak

Antara pertandingan yang akan berjalan sepanjang bulan kemerdekaan:
-Pakaian beragam untuk pra sekolah
-Mewarna tahap 1 dan pendidikan khas.
-Buku skrap tahap 2
-Nyanyian solo tahap 2
-sajak tahap 2

Sedap lagu tema tahun ini. Selamat ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 57 tahun DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA..





Read More...

Anugerah Kemenjadian Murid Bulan Mei dan Jun

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

 Berikut senarai nama pemennag bagi Anugerah Kemenjadian Murid bulan Mei dan Jun. Tahniah cikgu ucapkan. Murid-murid semua masih berpeluang. Semai dan bentuk sahsiah diri yang baik. Insyallah..

ANUGERAH MURID RINGAN TULANG
-NURSYAZA AFIFAH BT MOHD ALI

ANUGERAH MURID SURAU
-NUR FARHAH BT JOHARI

ANUGERAH MURID BERAKHLAK MULIA
AMIR SYAMIL BIN ABDUL AZIZ

ANUGERAH MURID BERPAKAIAN KEMAS
MUHAMMAD AMINUL HAKIMI BIN RUSLI

ANUGERAH MURID PERAMAH
MOHD FIKRI BIN OTHMAN







Read More...

15.8.14

Amalan Terbaik Apakah?

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada pembaca blog cikgu. Emmm buat pertama kali cikgu update sangat ringkas. Sebabnya cikgu masih blur-blur nak menerangkan apa itu amalan terbaik kaunseling.

Yang cikgu tahu dan faham ada 1 pertandingan amalan terbaik kaunseling peringkat kebangsaan. Setiap negeri kena hantar wakil. 1 sm dan 1 sr. Pertandingan alaman terbaik HEM turut diadakan.

Jadinya mesyuarat kali ini untuk beri penerangan jelas sebab ini merupakan tahun pertama alaman terbaik kaunseling diwujudkan diperingkat kebangsaan....  Diperingkat negeri johor masih belum ada calon yang dipilih...siapa pun wakilnya cikgu sokong 200%.. kita tunggu bulan 9 nanti ya..semua tunggu bulan 9 ya...




Read More...

TAKLIMAT PEMBINAAN MODUL SENTUHAN KASIH (PONTENG)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.   Terkejut juga apabila cikgu menerima surat diminta ke PPD untuk taklimat Modul Ponteng. huhuhuh..

Rupa-rupanya 2 guru kaunseling SM dan 2 SR dipilih untuk membina Modul Sentuhan Kasih. Modul untuk ponteng. Modul ini akan digunapakai oleh sekolah-sekolah yang terpilih di Kota Tinggi. Merujuk kepada jumlah dapatan laporan ponteng 3 bulan kebelakangan ini seramai 10 sekolah mennegah dan 8 sekolah rendah yang terpilih.

Kami membincangkan objektif, KPI, dan cara  modul ini dijalankan agar kami dapat lihat secara jelas bagaimana modul ini disampaikan. Sangat membantu untuk kami reka dan bina modul yang sesuai.

Kami diberi masa lebih kurang 2 minggu untuk membinanya. Cikgu kena buat kertas kerja. Selepas itu kami akan datang semula untuk membentangkan modul tersebut. Insyallah 18hb Ogos ini akan diberi taklimat kepada pentadbir sekolah-sekolah yang terpilih. Insyallah juga program akan run pada 1 september 2014.

aminnn




Read More...

Program Motivasi ramadhan dan Teknik Menjawab

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. 12 Julai yang lepas murid-murid tahun 5 dan 6 telah mengikuti program motivasi ramadhan dan teknik menjawab di balau beach resort. Program ini dijalankan selama sehari bermula jam 7.30-4.30 petang. Murid menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur. Bayaran pula berjumlah RM80 seorang. Bagi non muslim mereka disediakan makanan pagi dan tengah hari.

Bukan semua murid tahun 5 dan 6 yang terlibat. Oleh kerana ini program anjuran consultan dari luar makanya hanya murid yang mahu pergi sahaja . ia melibatkan 9 buah sekolah didalam daerah kota tinggi ini.

Cikgu menguruskan murid-murid yang mahu pergi. Cikgu juga ikut mereka untuk urusan pendaftaran. Hanya 2 guru pengiring sahaja yang ada, lagi 7 sekolah tiada guru pengiring.  Cikgu tak berani nak lepaskan mereka sebab mereka ni sekolah rendah. Lepas uruskan pendaftaran dan lihat-lihat dewan cikgu tunggu sehingga 20 minit lagi.. Selepas itu barulah cikgu balik semula.

Program itu dibahagi kepada 4 pakar untuk teknik menjawab mengikut bidang masing-masing iaitu math, sains, bi dan bm kemudian diikuti oleh ceramah motivasi. harapn cikgu murid yang mengikuti program ini dapat menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk bersoal jawab dengan pakar tersebut.







Read More...

Jumpa Murid Sebentar Untuk Berkongsi Doa

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini selepas perhimpunan pagi, cikgu ambil sedikit masa untuk berjumpa pelajar tahun 6.

Lagi berapa hari dah nak UPSR. Cikgu nak murid-murid menggunakan sepenuhnya amalan-amalan dan doa yang kita sebagai orang islam ada iaitu kekuatan dalam berdoa...

Cikgu berkongsi Doa-Doa Sebelum, ketika dan selepas menjawab peperiksaan...

Harapan cikgu murid-murid dapat hafal dan jadikan amalan bukan sekadar untuk peperiksaan UPSR ini sahaja.. Ingat ya.. Kita punya kuasa tenaga.. DOA sebagai senjata.






Read More...