15.8.14

Program Motivasi ramadhan dan Teknik Menjawab

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. 12 Julai yang lepas murid-murid tahun 5 dan 6 telah mengikuti program motivasi ramadhan dan teknik menjawab di balau beach resort. Program ini dijalankan selama sehari bermula jam 7.30-4.30 petang. Murid menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur. Bayaran pula berjumlah RM80 seorang. Bagi non muslim mereka disediakan makanan pagi dan tengah hari.

Bukan semua murid tahun 5 dan 6 yang terlibat. Oleh kerana ini program anjuran consultan dari luar makanya hanya murid yang mahu pergi sahaja . ia melibatkan 9 buah sekolah didalam daerah kota tinggi ini.

Cikgu menguruskan murid-murid yang mahu pergi. Cikgu juga ikut mereka untuk urusan pendaftaran. Hanya 2 guru pengiring sahaja yang ada, lagi 7 sekolah tiada guru pengiring.  Cikgu tak berani nak lepaskan mereka sebab mereka ni sekolah rendah. Lepas uruskan pendaftaran dan lihat-lihat dewan cikgu tunggu sehingga 20 minit lagi.. Selepas itu barulah cikgu balik semula.

Program itu dibahagi kepada 4 pakar untuk teknik menjawab mengikut bidang masing-masing iaitu math, sains, bi dan bm kemudian diikuti oleh ceramah motivasi. harapn cikgu murid yang mengikuti program ini dapat menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk bersoal jawab dengan pakar tersebut.







Tiada ulasan:

Catat Komen