10.9.14

Majlis Luhur Budi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Majlis Luhur Budi memang perkara "wajib" yang cikgu laksanakan setiap tahun. rasanya sekolah lain pun sama. Cuma nama je beza. Ada yang namakan Restu ilmu, Semaian kasih dan lain-lain lagi.

Untuk kali ini mari lihat aturcaranya:
-bacaan doa
-ucapan guru besar
-Menulis kata-kata semangat oleh pentadbir dan guru subjek teras
-bacaan selawat
-Sesi bersalaman

Luhur Budi ini penting agar murid diberi peluang untuk bersalaman bersama guru-guru dan memohon maaf diatas kesilapan yang pernah dilakukan. Murid juga dapat meminta agar dihalalkan dan diberkati ilmu yang pernah diajarkan selama ini.

Moga TIADA HALANGAN untuk murid tahun 6 SK Bandar Mas memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2014. aamiinn











Tiada ulasan:

Catat Komen