10.9.14

Program Sentuhan Kasih

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Lagi beberapa minggu sahaja nak UPSR. Adakah murid-murid sudah bersedia?  Sekolah cikgu sangat mengambil berat akan persediaan murid-murid calon UPSR 2014. Mengikut keputusan percubaan UPSR, kuantiti yang memperolehi 5A meningkat namun %yang tidak lulus juga meningkat. Walaaaaa... :'(

Setelah berbincang bersama pentadbir disaat-saat akhir ini sangat perlu untuk kami berjumpa dengan ibu bapa murid-murid yang tidak lulus ini. penting! kerjasama dari ibu bapa sangat diperlukan!

Cikgu menyemak murid yang tidak lulus dan segera memberikan surat agar penjaga dapat hadir ke program sentuhan kasih ini. Guru matapelajaran subjek teras dikehendaki menyatakan kepada ibu bapa akan pencapaian anak mereka. Begitu juga nasihat dari Guru Besar dan GPK 1 kepada ibu bapa.

Diharapkan toleransi dan sifat kerjasama yang terjalin antara sekolah dan ibu bapa dapat memastikan anak-anak tahun 6 yang tidak lulus ini akan lulus dengan baik ketika UPSR sebenar kelak. aminnnn





Tiada ulasan:

Catat Komen