9.10.14

Brosur PPsi Ujian Uptitud Am Tahun 3

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Didoakan family pembaca semua sihat walafiat. Sudah laksana ujian uptitud am tahun 3 ke belum? ni untuk cikgu BNK sekolah rendah. Alhamdulillah cikgu baru sahaja usai buat semalam.

Semalam masa tengah duduk rehat dibilik bimbingan terfikir nak buat brosur untuk PPsi. Sebab SU PBS sekolah cikgu hari tu ada bagi cikgu brosur yang dia buat sendiri tentang PBS sekolah. Cikgu pun berkira-kira nak buat juga. Jadi cikgu pun carilah bahan-bahan yang sesuai untuk dimasukkan kedalam brosur tu.

Kebanyakan bahan cikgu ambik di laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia. Oleh kerana banyak berbentuk PDF, cikgu printscreen, gunting, copy dan paste je dalam brosur.

Yang boleh ditaip cikgu taip. Maklumat yang penting sahaja yang dimasukkan. Brosur ni cikgu gantung disudut PPsi dalam bilik cikgu. Bukan besar pun sudutnya. Asalkan ada dan nampak boleh dibaca. Kemudian cikgu edar pada SU PBS untuk dimasukkan kedalam fail, bagi pada guru besar dan GPK 1.

Cikgu juga buat lebih dan letak didalam fail PPsi agar mudah untuk diberi kepada pelawat atau ibu bapa yang bertanyakan dan perlukan maklumat lanjut berkaitan ujian ini.

Sesiapa yang mahu brosur ini boleh save as dan print imej brosur yang cikgu masukkan ini ya.

*cikgu masukkan esok imej depan belakang. Save kat komputer sekolah hehehhe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan