26.10.14

Lawatan Kerja Dan Kursus Profesionalisme GBK di SJKC Li Chi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? harap semuanya dalam keadaan sihat walafiat disamping keluarga yang disayangi.

Alhamdulillah sudah masuk bulan muharram bermakna bermulanya tahun hijrah baru iaitu 1436H. Buatlah peta kehidupan yang baru sempena hijrah ini. Cikgu sudah! anda bila lagi??

Cikgu nak ceritakan perkongsian cikgu melawat SJKC Li Chin, Segamat Johor. Daerah Kota Tinggi dan Segamat jauh. Kami bertolak dalam jam 6.30 pagi dan sampai kira-kira 9.50 pagi. kami bertolak awal sebab nak lihat sendiri Relaksasi Minda yang dibuat oleh Cikgu Tee. Relaksasi minda tu dibuat pada waktu rehat selepas murid rehat. Murid akan berkumpul disuatu tempat untuk buat relaksasi minda.

Teruja sangat berjumpa Cikgu Tee. Walau ini kali kedua cikgu jumpa. Kali pertama semasa sama-sama bentang amalan terbaik kaunseling Negeri. Tupun sempat berbual diluar bilik menunggu.

Cikgu Tee seorang yang cantik! Kemas dan bergaya! suka senyum dan peramah. Sangat fasih berbahasa melayu. Air muka yang manis dan penuh kelembutan. Sangat sesuai dengan title guru bimbingan kaunseling.

Relaksasi minda ini telah dijalankan di Sjkc Li Chi sejak 2012 lagi. Mula tercetus idea ini melihat senario "kebisingan" murid dikelas, kantin,dan kawasan sekolah lainnya hingga memaksa guru mengajar menggunakan speaker kecil tu. (sorry lupa nama) heheh

Jika tidak cikgu akan letih kerana terjerit-jerit dan sakit tekak untuk mengajar didalam kelas yang bising.

Itulah sebab utama tercetusnya idea untuk laksana relaksasi minda.

Yang bagusnya amalan ini mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak PIBG,ibu bapa dan guru-guru sekolah. Murid pun suka dan minat. Oleh kerana sesi relaksasi minda dibuat 10 minit sebelum masuk kelas jadi jadual juga berubah. Guru akan balik lewat 10 minit juga untuk memberi ruang relaksasi minda ini dijalankan ketika rehat.

Hingga kini 2014 alhamdulillah peratus masalah disiplin juga telah menurun dengan mendadaknya sejak relaksasi minda ini dijadikan amalan di sekolah tersebut. Ketika pembentangan kami diberi peluang merasai sendiri bagaimana Cikgu Tee laksana relaksasi tersebut kepada kami guru-guru kaunseling untuk kami merasai sendiri, selain dari melihat Cikgu Tee membuat relaksasi bersama murid ketika rehat.

Paling cikgu suka ialah murid telah menunggu terlebih dahulu di dewan dan bersedia untuk buat relaksasi walaupun rehat ketika itu belum habis. Teruja kan?? kesannya..........

-Murid berdisipilin teratur senyap ketika relaksasi berjalan hingga mereka masuk kekelas.
-Cikgu juga tidak perlukan speker kecil lagi dan hanya menggunakan suara yang perlahan ketika mengajar.
-Lonceng sekolah ditukar dari bunyi "kringggggg" kepada lagu slow kerana kesan relaksasi menyebabkan warga sekolah dalam mood tenang dan rasa sangat bingit dengan bunyi lonceng yang keras.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan