1.10.14

MENJENGUK BILIK BNK SK MUZAFAR SYAH

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Didoakan semua pembaca blog cikgu diberi kesihatan yang baik dan berada dibawah lindunganNYA. amiinn.

Meh, nak cerita ni.  Cikgu telah diberi tanggungjawab sebagai ajk jamuan di Sk Muzafar Syah sempena pesta pantun. Sekolah ni lawa tau. Bewarna warni. Suka tengok. Kelasnya semua lawa-lawa! cikgu sekolah ni memang wajar dipuji. Rajin! dan punya guru besar yang hebat!Sekolah ini telah menang Sarana ibubapa Sekolah Luar Bandar Peringkat Kebangsaan (Maaf jika salah nama anugerah huhu).

Jadi cikgu ambil kesempatan untuk melawat bilik bimbingan dan kaunseling sekolah tersebut. Yalah,bila ada program sebeginilah dapat luangkan masa menjenguk. Jika nak pi sorang-sorang bilalah masanya. Kan?

Guru bnk disekolah ini seorang sahaja. Cikgu panggil dia cikgu ana.Nama penuh Suhana. Sudah berkahwin hehe..

Bilik BNK terletak ditingkat dua di bangunan baru. Mudahlah nak cari bilik BNK ini. Meriah dan tak sunyi seperti kawasan bangunan bilik cikgu. Sebab bangunan ni dekat antara bangunan lain. Dekat sangat sampai cikgu ngajar pun sebelah bangunan kita boleh dengar. Nak jumpa murid pun senang. Kalau bangunan yang menempatkan bilik BNK cikgu jauh. Tingkat 3 pula tu. Kalau cikgu mengandung nanti awal-awal kandungan tu memang tidaklah cikgu nak naik turun tangga tingkat 3 nanti. Tumpang bilik guru ja.

Ok, bentuk bilik sama lebih kurang bilik cikgu. Masuk saja ruang tamu dan ada dua bilik. 1 bilik dijadikan bilik sesi dan 1 bilik lagi dijadikan bilik pengurusan dan sudut membaca.  Cuma susunan perabot dan pembahagian bilik tidak sama. mari kita lihat bilik bnk ini.




 



 



Tiada ulasan:

Catat Komen