9.10.14

Menjenguk Bilik BNK SK Tun Dr Syed Nasir

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikukm kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah dikesempatan ini cikgu nak perlihatkan kepada pembaca akan bilik bimbingan kaunseling di SK Tun Dr Syed Nasir, Kota Tinggi Johor.

Untuk tahun 2014 ini unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini telah mewakili daerah Kota Tinggi dalam Pertandingan Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang Negeri Johor.  Semalam baharu sahaja dipantau. Dalam masa yang sama rakan cikgu dari SK Ledang turut mewakili daerah Muar. Tahniah diatas pencapaian kedua-dua rakan cikgu ini. Peluang yang datang memberi pengalaman yang sangat-sangat berharga.

Cikgu faham dan sudah alaminya sendiri. Bila masuk bertanding dan diberi kepercayaan oleh pihak PPD pastinya banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya:
-Pengurusan bilik merangkumi keceriaan, kekemasan, kesesuaian
-Sistem fail
-Bukti-bukti dan kesahan
-Analisis program/aktiviti
-Impak kepada sahsiah murid
-100% murid menerima perkhidmatan BNK
-Inovasi kearah impak sahsiah murid
-Amalan terbaik perkhidmatan bimbingan kaunseling yang dibuat
-Buku rekod yang dominan dengan maklumat sesi

Cikgu doakan agar Cikgu Zarina yang mewakili Daerah Kota Tinggi dan Cikgu Naimah mewakili Daerah Muar terus berusaha dan menjadi guru BNK yang cemerlang didaerah masing-masing. Cikgu bangga dengan usaha mereka memartabatkan perkhidmatan BNK ini.

Yok kita lihat bilik di SK Tun Dr Syed Nasir. Next Episode cikgu tunjuk Bilik BNK SK Ledang pula ya.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan