23.10.14

Pasca UPSR-XPDC Tanjung Piai-Pulau Kukup

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah berjumpa kembali kita dialam maya.

Program lawatan untuk tahun ni kami pilih XPDC PULAU KUKUP-TANJUNG PIAI. Kat mana tu? ni di Pontian, Johor.

Kali ini kami bawa murid untuk menerima pelbagai ilmu baharu. Bukan sekadar lawatan semata-mata,Cuci mata pahtu shopping. Maaflah rugi duit murid nanti. Kita kalau boleh kena cari suatu bentuk lawatan yang berinformasi sesuai untuk murid sekolah.

Kali ini XPDC kami diketuai oleh Cikgu Azmi dan Cikgu Ziaton Abdul Kadir. Cikgu sekadar membantu dan menyumbang idea. hehhee..

Program ini berjalan selama 2 hari 1 malam. Antara aktiviti ialah:
-Lawatan ke Taman NegaraPulau Kukup. Ni kami naik feri dan pergi kepulau kukup untuk teroka dan lihat pokok bakau dipulau itu.
-Lawatan ke Taman Negara Tanjung Piai. Yang ni seronok sebab kami berjalan hingga ke hujung selatan Asia!
-Aktiviti memanah
-Aktiviti Water Rifting
-Aktiviti menembak
-Aktiviti Night walk
-Aktiviti rebut kerusi
-Aktiviti bowling kelapa.

Cikgu dan Cikgu Sabariah tidur bersama murid di dorm. Dapat pantau mereka. Cikgu lain tidur di bilik yang ditempah sendiri.

Semua benda baharu kepada murid-murid. Insyallah tahun depan dah rangka nak pi kampung budaya pula. Dengarnya akan diajar kopek kelapa, menoreh dan lain-lain lagi. Pasti murid teruja!








Tiada ulasan:

Catat Komen