1.10.14

Program Lepas UPSR-home made coklat & art craft

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga kekal sihat dan berada dibawah lindungaNYA,amiin.

Seperti yang kita tahu program selepas UPSR cikgu terpaksa tunda sebab ada lagi paper ulangan pada 30hb9 dan 9hb10. Bermula peperiksaan upsr pada 9hb 9 hingga 9hb10 maka genaplah SEBULAN murid tahun 6 mengambil UPSR. Sejarah ok!

Semalam sudah selesai paper ulangan subjek sains dan bi. Cikgu sudah berbincang dengan guru besar untuk meneruskan aktiviti selepas upsr iaitu kursus membuat home made coklat dan art craft. Sekurang-kuranganya dapatlah murid tahun 6 rasa gembira dan diberi kelapangan fikiran. Tidak terlalu memikirkan ulangan paper pada 9hb nanti. Tapi esok akan mula kelas seperti biasa. Insyallah aktiviti selepas UPSR akan disambung selepas 9hb 9 nanti.

Untuk tahun ini cikgu pilih kursus buat coklat dan art kraft. Jika tahun sebelumnya cikgu pilih kursus buat pizza dan belajar komputer. Kita tukar-tukarlah ya. Alhamdulillah sudah masuk tahun ke 4 cikgu bekerjasama dengan kolej komuniti dalam program selepas upsr.

Mudah sahaja berurusan dengan kolej komuniti. Kita boleh pilih nak buat kursus apa asalkan murid lebih dari 20 orang. Cikgu murid sahaja mesti lebih 80 keatas tiap tahun. Dapatlah dua bas. Bas biasanya kolej komuniti yang sediakan. Kita bayar duit bahan dan sijil. Makan pula guna duit sekolah. Cikgu setiap tahun buat dua hari. Contoh hari ini lelaki buat art craft dan perempuan buat coklat. esok lelaki buat coklat perempuan buat art craft pula. Dua hari makanya murid hanya bayar RM10 je.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan