14.10.14

Program selepas UPSR-KRAMSAU

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Program selepas UPSR untuk hari ini diteruskan dengan Program Sahsiah Diri iaitu Latihan Renang di KRAMSAU di Bandar Penawar. Apa itu KRAMSAU?

KRAMSAU: Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara

Semua murid tahun 6 wajib mengikuti program ini. bayaran yang dikenakan ialah RM5 meliputi tambang bas dan 2x makan iaitu sarapan pagi dan makan tengah hari. Murahkan?? 

Yang penting ilmu. Murid-murid dapat belajar ilmu asas renang:
-Cara nak apungkan badan.
-Bernafas didalam air.
-Berenang dengan betul

Untuk laksana latihan ini murid dibahagi kepada 4 kumpulan iaitu 2 kumpulan lelaki dan 2 kumpulan perempuan. Latihan dimulakan dengan lelaki dahulu dan disudahi oleh murid perempuan. Terima kasih kepada pihak KRAMSAU kerana memberikan latihan yang terbaik kepada anak-anak tahun 6 SKBM. Sudah 3 tahun kita berkolaborasi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan