1.10.14

Relaksasi Minda 3 Bestari

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semua dalam keadaan sihat dan ceria. Sentiasa dalam keimanan insyallah. Hari ini cikgu masuk kekelas tahun 3 bestari. Kelas yang terkenal dikalangan guru-guru di sekolah cikgu ni. Hehehe..cikgu kategorikan kepada:
-murid yang banyak cakap,
-yang takleh duduk diam,
-sentiasa nak bercakap,
-sentiasa nak bertanya,
-tak boleh duduk setempat,
-buat kerja tangan dan mulut sama jalan.

Objektif cikgu buat pun untuk memastikan murid ini senyap dan dalam keadaan tenang didalam kelas.

Cikgu try and arrow je ni sama ada Relaksasi ini memberi kesan kepada mereka atau tidak. Oleh kerana cikgu masih dalam proses belajar untuk buat relaksasi ini, jadinya cikgu ambil masa yang tak lama. Nama pun baru belajar kan... kalau dah "handal" baru leh ambil masa lebih sebab banyak benda nak dicakapkan.hehehehe. Sebenarnya banyak cara buat relaksasi ni. Macam-macam kita boleh tahu jika mencuba dan terus mencuba. Jika hari ini buat, dan esok buat lagi mesti ada pertambahan idea dan perkataan yang baru..percayalah! ini langkah paling mudah cikgu buat.

Langkah:
1-Masuk kekelas dan kekalkan kesenyapan. Berdiri dihadapan kelas dan memandang semua muka murid satu persatu hingga mereka diam. (time ni ambil masa sedikit pun tak mengapa , yang penting mereka sedar akan kehadiran kita dan faham maksud kesenyapan kita)
2-Minta murid angkat tangan kanan dan suruh jari tangan kanan (telunjuk) diletakkan dibibir.
3-Apabila murid senyap barulah kita jelaskan aktiviti relaksasi yang akan kita buat. Bagitau tempoh masa untuk relaksasi lebih kurang 10 minit sahaja.
4-Pinta murid letak beg dibawah, jarakkan kerusi dari meja. Murid duduk dalam keadaan tegakkan postur badan. kaki rapatkan peha. pastikan tapak kaki sama rata dengan lantai. Jika tak sama minta murid anjakkan punggung kedepan. Jangan ada murid yang sandar kekerusi.Tangan berada diatas peha.
5-  Pinta murid tarik dan lepaskan nafas 3 kali. dalam kiraan 1-10 murid akan tutup mata.
6-Kat sini guru mainkan peranan penting untuk minta murid ikut apa yang diarahkan oleh guru bermula dari:
-kosongkan fikiran, pusatkan pada satu sahaja.
-beralih kearah kening
-kemudian mata
-hidung
-kemudian lidah,mulut,bibir
-kemudian leher
-bahu
-tangan,
-kaki
-dan tapak kaki.
-Tarik nafas dan hembus 3x
-Ulang semula dari step kosongkan fikiran hingga kaki.
-Boleh tarik nafas 3x jika mahu
-Dalam kiraan 10 murid boleh buka mata.
-Katakan pada murid agar kekalkan kesenyapan hingga mereka minum air.
-Selepas minum baru mereka boleh bercakap.

*contoh ayat untuk mata "PASTIKAN MATA KAMU TERTUTUP RAPAT. TUTUP DENGAN PENUH LEMBUT SEPERTI KAMU SEDANG TIDUR YANG SANGAT LENA"
*kena pandai main ayat ye cikgu.huhahaha
*Nanti ada murid yang tertidur dan biasanya lepas saya buat dan murid buka mata memang ramai lah yang mengerang,sangap...

Jika cikgu dah mahir bolehlah buat lama sikit dan gunakan bahasa dan ayat-ayat yang menarik, yang syahdu dan terbuai oleh perasaan. heheh..

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan