9.10.14

Tindakan Awal Ujian Uptitud Am Tahun 3

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Sudah masuk bulan Oktober 2014. Bila masuk bulan oktober je bermakna cikgu kena sedia untuk laksana ujian uptitud am tahun 3.Cikgu pun berbincang dengan GPK 1 dahulu sebab untuk PPsi ujian uptitud am ni dibawah GPK 1. Setelah itu baru cikgu jumpa guru besar pula untuk dapatkan persetujuan dan tarikh yang bersesuaian.

Kemudian cikgu akan rangka proses seterusnya iaitu:
1-Buat surat kepada ibu bapa/penjaga memaklumkan ujian uptitud am yang akan dijalankan
2-Keluarkan notis kepada guru kelas yang terlibat
3-Taklimat kepada murid tahun 3

3 benda ni penting tau. Jangan terus buat je. Sebab ni benda baharu. Ramai ibu bapa tak tahu ujian ini. Dan murid pun tak tahu. Kita kena terangkan pada mereka apa itu ujian uptitud am, bentuk soalan, jumlah soalan, berapa lama tempoh masa diambil dan objektif ujian ini dibuat.

Dibawah cikgu ada sertakan contoh surat yang diberi kepada ibu bapa/penjaga dan notis kepada guru



Tiada ulasan:

Catat Ulasan