30.12.14

Jamuan Akhir Tahun 6 dan Penutupan Program Pasca UPSR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum, berakhir sudah Program Selepa UPSR bagi  murid tahun 6 sesi 2014. Tahun depan adalah tahun terakhir UPSR. Cikgu msih belum tahu selepas itu masih adakah Program Selepas UPSR yang akan dijalankan.

Hari ini telah diraikan khas untuk murid tahun 6 dan guru-guru SKBM. Jamuan akhir tahun dan juga penutupan Program selepas UPSR diraikan didalam Majlis yang sangat meriah.

Agenda:
-Ucapan guru besar
-Ucapan wakil murid
-Pemberian hadiah sempena aktiviti program selepas upsr
-Jamuan makan

Menu hari ni cikgu oder special iaitu nasi jagung, ayam masak merah, dalca, buah pisang, air oren sejuk..hihihih

Sayang nak tinggalkan anak-anak tahun 6 yang sudah semakin rapat.





Tiada ulasan:

Catat Komen