29.12.14

Pasca UPSR-Bina perkataan BI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Diharap semua sihat belaka ya. Ni musim hujan, kena jaga kesihatan.

Untuk kali ini cikgu bawakan aktiviti bagi panitia bahasa inggeris pula. Oleh kerana sekarang sedang trend dan musim main getah bulat bewarna ni, jadi objek ini dijadikan alat untuk membina perkataan didalam bahasa inggeri. Perkataan diberi oleh guru panitia bahasa inggeris.  Alatan tambahan seperti gam, gunting, kertas keras dan hiasan tambahan.

Memandangkan sudah jadi trend getah ini, mudahlah bagi murid untuk membentuk getah dan jadikan ukuran panjang untuk bentukkannya seperti huruf. Lawa kan..

Ada juga murid yang bawa getah sendiri dari rumah. Macam-mcam bentuk getah ni rupanya. Bukan bulat sahaja tau. Ada bujur, ada bergerinjing...Yang penting murid dapat hasilkan menjadi bentuk perkataan.

Terus terang aktiviti sebegini mengundang minat murid untuk fokus.














Tiada ulasan:

Catat Komen