29.12.14

Pasca UPSR-Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaan kesihatan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada para pembaca blog cikgu. Agak sejuk cuaca hari ini. Tempat cikgu ni dah dua hari hujan. Suasana lembab dan redup.

Ok untuk program selepas UPSR kali ini cikgu bawakan Ceramah Kesihatan dan juga Pemeriksaan Kesihatan Percuma. Ceramah tu khas untuk murid tahun 6 manakala pemeriksaan kesihatan tu untuk guru-guru dan pekerja am sekolah.

Ceramah dibuat didewan manakala pemeriksaan pula dibuat di bilik kesihatan. Seminggu sebelum program lagi cikgu dah war-warkan kepada guru-guru, makcik tukang kebun sekolah akan pemeriksaan percuma ini. cikgu pun tak sabar tau!

Urusan cikgu nak mohon ceramah ini mudah dan alhamdulillah.Cikgu panggil penceramahnya dari Hospital Kota Tinggi dan yang memeriksa kesihatan pula dari klinik kesihatan Bandar Mas. Cikgu hubungi melalui wassup dan diminta untuk beri sehelai kertas permohonan..deal..

Ceramah kesihatan kali ini banyak menyentuh tentang perubahan perkembangan, emosi, fizikal ikut jantina lelaki dan perempuan. Memang seronoklah lihat anak-anak ada yang ketawa besar bila ditunjukkan bentuk fizikal lelaki dan perempuan.

Tapi itu gambaran lukisan tanpa bentuk yang betul ya... jangan salah anggap. lukisan cartoon sahaja. Moga ilmu yang bermanafaat ini dapat memberikan sudut pandangan berbeza dan baharu kepada mereka.









Tiada ulasan:

Catat Komen