29.12.14

Pasca UPSR-Ceramah Pengurusan Jenazah

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah bertemu kembali kita didalam blog serba sederhana ini untuk cikgu berkongsi bersama anak-anak dan rakan-rakan.

Untuk program selepas UPSR kali ini cikgu adakan Aktiviti Ceramah Pengurusan Jenazah. Mula-mula mahu jemput ustaz dari Jabatan Agama di Kota Tinggi, tapi atas sebab-sebab lain cikgu minta UStad Nawawi dari Sekolah Agama Bandar Mas untuk berkongsi ilmu.

Alhamdulillah urusan dimudahkan dan ustad pun bersetuju. Murid-murid memang seronok bila tahu akan diadakan kursus jenazah walau sebenarnya mereka dah pun ikuti kursus pengurusan jenazah di sekolah agama.

Siap ada yang menawar diri untuk jadi jenazah.hihihi

Cikgu juga war-warkan kepada rakan guru untuk turun sama mendengar ceramah jika ada kelapangan dan tiada kelas.

Ustaz Nawawi memberikan slot ceramah dahulu kemudian baru praktikal. Sebelum ni cikgu ada maklumkan pada ustaz jika mahu cikgu sediakan bahan-bahan, tapi ustaz kata dia akan bawa sendiri.  Bahan-bahan ni snagat penting bagi menjamin proses praktikal penyediaan jenazah berjalan dengan baik.

Jutaan terima kasih pada Ustaz Nawawi kerana sudi memberikan ilmu kepada anak-anak SKBM dan cikgu-cikgunya juga. Alhamdulillah










Tiada ulasan:

Catat Komen