29.12.14

Pasca-UPSR-Ceramah Persediaan Ke Sekolah Menengah

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga semua sihat dan berada dibawah lindungan-Nya. aminn

Hari ini kita sambung program selepas UPSR. kali ini cikgu bawakan Ceramah Persediaan Ke Sekolah menengah. Satu ceramah WAJIB bagi murid tahun 6. Memang saban tahun buat.

Cikgu jemput kaunselor dari SMK Bandar Mas iaitu Cikgu Selamat. Orang yang biasa berikan ceramah ini. Dah jadi tanggungjawab cikgu selamat untuk menerangkan bentuk persediaan ke sekolah menengah, suasana, pakaian, disiplin, undang-undang dan lain-lain lagi pada anak-anak cikgu ini.

Nampaknya murid-murid pun memahami skop yang disampaikan dan berlaku respon positif dari memberi soalan dan menjawab soalan yang dipamerkan oleh murid-murid.

Diharap keterangan dan perkongsian dari Cikgu Selamat ini dapat membantu celik akal anak-anak cikgu ni dalam memastikan persediaan untuk melangkah ke sekolah menengah jelas...terang...dan berarah.

Selamat melangkah ke sekolah menengah anak-anak cikgu yang disayangi!






Tiada ulasan:

Catat Komen