27.1.15

Tetamu GBK Dari Pasir Gudang

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Perkenalkan tetamu cikgu. Sebenarnya cikgu lupa nama dia. Tapi di dalam buku tetamu ada tulis namanya. Teruk betul tahap pelupa cikgu sekarang. Mungkin kesan jangka masa makan ubat doktor.

Cikgu ni mengajar di Pasir Gudang. Kiranya baru posting juga. Muda! Bagus! Semangat!

Tetiba dapat mesej dimaklumkan untuk datang ke bilik cikgu, melawat bilik dan lihat-lihat fail yang ada. Cikgu menerima dengan lapang dada.

Terima kasih sudi hadir ke teratak cikgu yang kecik molek ni.





Read More...

Tetamu GBK Dari SK Ismail Saadon

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum, perkenalkan tetamu cikgu hari ini... jeng jeng jeng.. Nama penuh rahsia. Cikgu panggil Kak Zura saja. Dulu kak zura ni guru biasa dan lantikan dalaman sekolah sebagai gbk di SK Waha.

Sekarang kak zura dah jadi GBK Full Time di SK Datok Ismail Sa'adon. Alhamdulillah tahniah kak!

Kak zura datang nak belajar dan mengetahui tentang sistem fail. Moga menjadi GBK Cemerlang kak.




Read More...

Slot Bimbingan Transisi (Kenali Guru-Guru SKBM)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu...

Pagiku cerahku
Matahari bersinar
Kugendong tas merahmu dipundak
Selamat pagi semua
Ku nantikan dirimu
Didepan kelasmu menantikan kami

Haaa..siapa tahu lagu ini? di dalam filem laskar pelangi. Filem hebat!! penuh dengan keinsafan dan kecekalan hati para guru dan murid menimba ilmu.

Untuk slot cikgu hari ini dalam transisi tahun 1, cikgu beri tajuk KENALI GURU-GURU SKBM. Yalah, murid tahun 1 sudah semestinya belum mengenali guru-guru SKBM sepenuhnya lagi-lagi yang tidak pernah masuk kelas mereka. Ada juga yang tidak mengenali siapa guru besar, gpk-gpk...

Kali ini slot cikgu buat slaid dan pamerkan setiap gambar guru-guru. Setiap gambar yang muncul cikgu akan maklumkan nama dan mata pelajaran yang di ajar. Jika antara guru yang ditunjukkan itu murid kenali memang riuh suara mereka! satu perkembangan yang bagus. Jangan marah mereka! beruntung mereka mengenali guru-guru ini.

Harapan cikgu selepas ini murid tahun 1 sudah mengenali wajah guru besar, gpk-gpk serta nama mereka. Mungkin ambil masa sedikit untuk kenali guru-guru lain yang tidak mengajar mereka kerana ramai guru di SKBM ni, 42 orang.




Read More...

26.1.15

5 Minit PRS (Jom Ke Sekolah)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? harapnya sihatlah ya. Kita terus mendoakan kepada mangsa-mangsa banjir agar mereka terus kuat,cekal dan tabah hadapi ujian yang sangat hebat ini.

Ahli kelab bimbingan dan kaunseling yang juga ahli PRS telah cikgu tugaskan menyampaikan info 5 minit kepada warga sekolah pada setiap hari rabu iaitu perhimpunan pagi hari rabu.

Ahli PRS akan bergilir-gilir menyampaikan tajuk yang sama seperti guru bertugas dapat. Untuk minggu ini PRS perlu sampaikan tajuk JOM KE SEKOLAH. PRS dendangkan sebuah sajak yang bertajuk Jom Ke Sekolah!


Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jom
Ke sekolah, kita
Taman ilmu
Mendidik kita
Menjadi manusia dewasa
Menjadi manusia bijaksana

Jom
Ke sekolah, kita
Berkat kasih
Ibu bapa dan keluarga
Sahabat, buku dan guru
Jati diri diperkasa
Kerjaya dibina
Dan terlakarlah peta hidup 
Modal insan cemerlang
Modal insan gemilang
Modal insan terbilang

Jom 
Ke sekolah, kita
Sekolah bersih
Sekolah kasih
Sekolah ceria
Sekolah mesra 
Di buana kehidupan
Anak-anak warisan zaman-berzaman

Jendela ilmu kita buka
Landskap alam kita teroka
Bertemankan usaha perkasa
Tanpa putas asa
Lahirlah generasi berilmu
Bangkitlah nusa bangsa yang maju

Jom
Ke sekolah, kita
Demi ilmu, sahsiah dan kerjaya masa depan
Diri, keluarga. bangsa dan agama
Nusa bangsa yang cemerlang
Nusa bangsa yang gemilang
Nusa bangsa yang terbilang
Di persada dunia sarwajagat ini!

Sekian terima kasih




Read More...

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS FASA 1

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

 

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? harap sihat hendaknya ya. Cikgu batuk-batuk masih belum baik. Sudah 5 hari. Mungkin sebab cikgu tak ambil sebarang ubat jadi lambatlah nak baiknya.

Hari ni Sabtu, 24hb cikgu kendalikan Kursus Kepimpinan Pengawas fasa 1. Kenapa fasa 1? Sebab biasa fasa 1 ini di buat di dalam sekolah dan fasa 2 nanti di buat di luar sekolah.

Untuk fasa 1 penting di buat di sekolah sebab murid didedahkan dengan praktikum melatih murid membaca teks pengacara majlis, baca doa, angkat ikrar, naik turun bendera dan sedikit ceramah kepimpinan .

TENTATIF MAJLIS

BIL
MASA
AKTIVITI
1.
8.00 pagi
- Pendaftaran peserta
2.
8.10pagi
- Para peserta mengambil tempat
8.15 pagi
-Ucapan Perasmian oleh:
-Tuan Hj. Ali b. Md Sani
4.
8.30 pagi
- Slot  1: Pemantapan Minda Pengawas Cemerlang
- Taklimat / penerangan ringkas  tentang tugasan mingguan / harian oleh :
 -Pn  Norazizah bt A.Rahman
5.
9.30 pagi
- Rehat dan jamuan
6.
10.00 pagi
- Slot 2 :
- Praktikal, Tugasan Mingguan dan Rutin Harian oleh :
-Tn Hj M.R.Razaham b Ismail
-En.Mohd Hamka b Selamat
-Pn.Normawati bt Nawawe
-Pn Sanisah bt Sarom
-Pn.Siti Rosmah bt Mohamed

7.
11.00 pagi
- Bersurai










Read More...

22.1.15

Perjumpaan kelab Bimbingan Kaunseling Kedua (Pelangi Petang)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.  Alhamdulillah kali ini perjumpaan kedua kelab bimbingan dan kaunseling. Mula-mula cikgu edar dahulu jadual giliran info 5 minit di perhimpunan kepada ahli kelab. Ada yang teruja.. ada yang takut.. hihihih relaksss..cikgu bukan suka-suka nak suruh ahli kelab bercakap di perhimpunan. Apa yang akan disampaikan nanti adalah info berguna yang cikgu dah sediakan ikut tajuk guru bertugas sama ada disampaikan dalam bentuk sajak, pantun, bercerita dan lain-lain lagi.

Aktiviti kali ni sangat seronok. Aktiviti yang cikgu ambil dari Buku Modul LDK Mudah Lagi Seronok!

PELANGI PETANG

Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Pelangi petang

Objektif

:

Pada akhir sesi murid dapat :-

1. Mengingati warna pelangi
2. Boleh menyenaraikan warna-warna pelangi
Masa
:
35 Minit
Sasaran
:
Tahun 5
Bahan
:
Kertas A4 dan pensil

Langkah

:

1) Setiap pelajar dikehendaki berkumpul dan membentuk satu bulatan kecil yang terdiri daripada 7 orang peserta. Setiap pelajar akan mengingati warna-warna pelangi
2) Selepas itu, setiap pelajar dikehendaki mengingati 1 warna dan kumpulan mereka perlu mencipta satu lagu bagi mengingati warna-warna pelangi.
3) Kumpulan mereka perlu bekerjasama bagi mencipta lagu yang mana ia mencerminkan atau mengingatkan warna-warna pelangi.
4) Pelajar perlu menyanyikan kepada kawan-kawan dan berkongsi lagu/perkataan yang mereka cipta.

Penilaian

:

Memerlukan kerjasama, mengingat, menyanyi dan berkongsi.

Rumusan

:

1. Pelajar dapat ingat warna pelangi jika mereka menyanyi atau mencipta perkataan sendiri
2. Dengan adanya kemahiran mengingat yang baik ia akan lebih memudahkan proses mengingat.
3. Membuat nota yang pendek/peta minda akan menyenangkan untuk diingat.


Falsafah

:

1. Membina sikap bekerjasama di kalangan kumpulan
2. Menguji daya ingatan
3. Membina sikap kreatif
4. Membina nilai murni



Read More...

Jadual PRS 5 Minit Di Perhimpunan

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu keluarkan jadual giliran ahli kelab bimbingan kaunseling/PRS untuk bercakap di perhimpunan.

Giliran ini sepanjang tahun. jadi 12 murid ini akan bergilir-gilir bercakap diperhimpunan hingga bulan Oktober.

Moga ahli kelab bimbingan dan kaunseling/PRS akan trampil hebat dan cemerlang dihadapan rakan dan guru!!

Read More...

Pelancaran Mentor Mentee 2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah Majlis Pelancaran Mentor Mentee dapat dilaksanakan hari ini. Cikgu selit sikit dalam Majlis Akujanji UPSR murid dan ibu bapa.

Sebenarnya untuk pelancaran kali ini cikgu buat ringkas sahaja setelah ebrbincang dengan guru besar. Untuk hari ini, cikgu cuma sediakan kertas bertulis dan di liminatkan untuk ditandatangani oleh guru besar sebagai SIMBOLIK pelancaran mentor mentee.

Jadi, tinggalnya cikgu akan berjumpa dengan semua murid tahun 6 pada minggu depan untuk agihan mentee mereka. Cikgu juga akan tapal di detiap kelas tahun 6 agar murid tak lupa siapa mentee mereka.

Kali ini cikgu nak pastikan semua murid tahun 6 berjumpa mentee mereka. Macam mana nak pastikan 100% berjaya?

Cikgu dah created 1 kad. Setiap murid akan dapat dan setiap kali jumpa mentee, mentee akan sign kad tersebut. Paling minimum jumpa sebulan sekali. Dan cikgu akan cek kad tersebut dari kelas ke kelas pada setiap bulan. bagus juga sebab setiap bulan cikgu akan masuk class dan berjumpa mereka.

Nanti cikgu tunjuk kad tersebut ye. Alahhhh created yang mudah je... emmm lupa pula kenapa tak buat pelancaran mentor mentee terus dengan agihan murid pada mentee? sebab lama sangatlah. Murid dahla ramai. Nak serah satu-satu lambat. Lagipula cikgu tumpang dalam majlis akujanji. Tapi cara begini cikgu suka! tak banyak koje! huhahaha




Read More...

Majlis Motivasi keibubapaan Dan Akujanji Calon UPSR 2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah selesai sudah Majlis Akujanji Murid dan Ibu Bapa pada hari ini.

Terima kasih kepada AJK yang membantu melicinkan lagi majlis. Syukur hari ini kehadiran ibu bapa sangat cemerlang! hanya 11 ibu bapa murid yang tidak dapat hadir dari 88 orang jumlah murid.  Alhamdulillah makanan pun habis dan tiada terlebih. Sebabnya cikgu masa edar surat pada ibubapa tu cikgu edarkan sekali borang kecil kehadiran ibu bapa. Siapa yang boleh hadir dan yang tak boleh hadir. Dari situ cikgu boleh kirakan untuk jumlah makanan yang akan dipesan.

Untuk Ceramah Motivasi kali ini cikgu jemput Ustaz Ariffin bin Zainal, Kaunselor SMK Agama Bandar Penawar. Aturcara bermula pada jam 8.00 pagi. Tentatif seperti di bawah.

TENTATIF MAJLIS
BIL
MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
1.
7.30 – 8.00 pagi
- Pendaftaran ibu bapa / penjaga.
-Ibu bapa dan calon mengambil tempat di dalam dewan.
-Guru tahun 6A, 6B & 6C
-Ketua & JK Kawalan Murid.
-GBK
2.
8.00 – 8.05 pagi
- Kata-kata aluan daripada Pengacara  
  Majlis.
- (pengacara)
3.
8.05 – 8.10 pagi
- Bacaan doa.
-Ust. Rizalman b Johar
4.
8.10 – 8.30 pagi
- Ucapan Tuan Guru Besar
 
- Tn. Hj. Ali b Md Sani
5.
8.30 – 10.30 pagi
- Ceramah motivasi oleh penceramah undangan
- Penceramah undangan
6.
10.30 – 11.30 pagi
-  Majlis Aku Janji :
  i) Anak-anak calon UPSR
 ii) Ibu bapa calon UPSR
-Pelancaran Mentor Mentee
-(pengacara)
-Guru tahun 6A, 6B & 6C
-Ibu bapa & calon UPSR
-GBK
7.
11.30-12.00 t/hari
- Taklimat ringkas dari Produk  Minda
-Jamuan makan dan majlis bersurai
- JK Jamuan ibu bapa, calon UPSR & VIP
-GBK


*Sebarang perubahan akan dimaklumkan










Read More...

18.1.15

Perjumpaan Kelab Bimbingan Kaunseling Kali Pertama

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah berjumpa kembali kita di alam maya .

Hari ini sabtu. Diadakan perjumpaan pertama untuk ahli KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Tahun ni tahun pertama kelab ini ditubuhkan. Sebelum ini hanya ahli PRS biasa sahaja. Cikgu seronok sangat!!!

Ahli cikgu tak ramai. Ada 12 orang sahaja. Cikgu penyelaras kelab ini ialah cikgu dan cikgur rohani. Perjumpaan kali ini ada beberapa agenda iaitu:
-Kata alu-aluan kepada ahli
-Memperkenalkan guru kelab
-Perlantikan AJK
-Aktiviti sepanjang program
-Bincang aktiviti terdekat
-Yuran bulanan
-gotong royong kemas bilik bimbingan kaunseling (sapu sampah,susun pamplet,siram pokok bunga hehehe)

Aktiviti pertama ahli kelab bimbingan kaunseling bermula pada perhimpunan hari rabu ini.. apa dia?????????

Tunggu dan lihat ya!


Read More...

TRANSISI FASA 1 (Adab dan Tatasusila)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Besar harapan cikgu agar kita semua berada dibawah lindungan dariNya dan sentiasa berusaha menjadi hambaNya yag terbaik hari demi hari. Insyallah.

Program transisi sudah bermula untuk anak-anak tahun 1. Cikgu ada 5 slot bersama anak-anak comel ini. Hari ini adalah slot pertama cikgu yang cikgu namakan Fasa 1. Untuk fasa 1 cikgu berikan taklimat berkaitan ADAB DAN TATASUSILA.

Di bawah ini slide cikgu pada hari ini. Rakan pembaca boleh ambil jadikan contoh. Cikgu tekankan akan :
-adab-adab di sekolah
-Faedah beradab
-Akibat tidak beradab

Insyallah fasa kedua nanti cikgu nak beri taklimat KENALI GURU SKBM pula. Nanti cikgu akan tayangkan wajah satu-satu guru cantik,comei lagi handsome sekolah ini agar anak-anak tahun 1 mengenali semua cikgu SKBM.







Read More...