26.1.15

5 Minit PRS (Jom Ke Sekolah)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? harapnya sihatlah ya. Kita terus mendoakan kepada mangsa-mangsa banjir agar mereka terus kuat,cekal dan tabah hadapi ujian yang sangat hebat ini.

Ahli kelab bimbingan dan kaunseling yang juga ahli PRS telah cikgu tugaskan menyampaikan info 5 minit kepada warga sekolah pada setiap hari rabu iaitu perhimpunan pagi hari rabu.

Ahli PRS akan bergilir-gilir menyampaikan tajuk yang sama seperti guru bertugas dapat. Untuk minggu ini PRS perlu sampaikan tajuk JOM KE SEKOLAH. PRS dendangkan sebuah sajak yang bertajuk Jom Ke Sekolah!


Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Jom
Ke sekolah, kita
Taman ilmu
Mendidik kita
Menjadi manusia dewasa
Menjadi manusia bijaksana

Jom
Ke sekolah, kita
Berkat kasih
Ibu bapa dan keluarga
Sahabat, buku dan guru
Jati diri diperkasa
Kerjaya dibina
Dan terlakarlah peta hidup 
Modal insan cemerlang
Modal insan gemilang
Modal insan terbilang

Jom 
Ke sekolah, kita
Sekolah bersih
Sekolah kasih
Sekolah ceria
Sekolah mesra 
Di buana kehidupan
Anak-anak warisan zaman-berzaman

Jendela ilmu kita buka
Landskap alam kita teroka
Bertemankan usaha perkasa
Tanpa putas asa
Lahirlah generasi berilmu
Bangkitlah nusa bangsa yang maju

Jom
Ke sekolah, kita
Demi ilmu, sahsiah dan kerjaya masa depan
Diri, keluarga. bangsa dan agama
Nusa bangsa yang cemerlang
Nusa bangsa yang gemilang
Nusa bangsa yang terbilang
Di persada dunia sarwajagat ini!

Sekian terima kasih




Tiada ulasan:

Catat Ulasan