22.1.15

Majlis Motivasi keibubapaan Dan Akujanji Calon UPSR 2015

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah selesai sudah Majlis Akujanji Murid dan Ibu Bapa pada hari ini.

Terima kasih kepada AJK yang membantu melicinkan lagi majlis. Syukur hari ini kehadiran ibu bapa sangat cemerlang! hanya 11 ibu bapa murid yang tidak dapat hadir dari 88 orang jumlah murid.  Alhamdulillah makanan pun habis dan tiada terlebih. Sebabnya cikgu masa edar surat pada ibubapa tu cikgu edarkan sekali borang kecil kehadiran ibu bapa. Siapa yang boleh hadir dan yang tak boleh hadir. Dari situ cikgu boleh kirakan untuk jumlah makanan yang akan dipesan.

Untuk Ceramah Motivasi kali ini cikgu jemput Ustaz Ariffin bin Zainal, Kaunselor SMK Agama Bandar Penawar. Aturcara bermula pada jam 8.00 pagi. Tentatif seperti di bawah.

TENTATIF MAJLIS
BIL
MASA
AKTIVITI
TINDAKAN
1.
7.30 – 8.00 pagi
- Pendaftaran ibu bapa / penjaga.
-Ibu bapa dan calon mengambil tempat di dalam dewan.
-Guru tahun 6A, 6B & 6C
-Ketua & JK Kawalan Murid.
-GBK
2.
8.00 – 8.05 pagi
- Kata-kata aluan daripada Pengacara  
  Majlis.
- (pengacara)
3.
8.05 – 8.10 pagi
- Bacaan doa.
-Ust. Rizalman b Johar
4.
8.10 – 8.30 pagi
- Ucapan Tuan Guru Besar
 
- Tn. Hj. Ali b Md Sani
5.
8.30 – 10.30 pagi
- Ceramah motivasi oleh penceramah undangan
- Penceramah undangan
6.
10.30 – 11.30 pagi
-  Majlis Aku Janji :
  i) Anak-anak calon UPSR
 ii) Ibu bapa calon UPSR
-Pelancaran Mentor Mentee
-(pengacara)
-Guru tahun 6A, 6B & 6C
-Ibu bapa & calon UPSR
-GBK
7.
11.30-12.00 t/hari
- Taklimat ringkas dari Produk  Minda
-Jamuan makan dan majlis bersurai
- JK Jamuan ibu bapa, calon UPSR & VIP
-GBK


*Sebarang perubahan akan dimaklumkan










Tiada ulasan:

Catat Ulasan