15.1.15

MENYAMBUT KEHADIRAN MURID -GURU PENYAYANG

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar? Bersedia untuk menghadapi tahun 2015 ini dengan penuh ikhlas, bersemangat, berfikiran positif ?

Yang pasti cikgu nak ucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!
 Selamat kembali ke sekolah pada warga SK Bandar Mas. Bagi sekolah yang menjadi tempat penempatan mangsa banjir atau sekolah yang terlibat dengan banjir sesi persekolahan ditunda. Simpati cikgu kepada mangsa-masngsa banjir di Negeri Kelantan, terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Moga diberi ketabahan dan kecekalan.

Seawal jam 6.30 pagi lagi cikgu-cikgu telah diberi tugas untuk menyambut kehadiran murid di muka pintu sekolah. Ada dua kumpulan. Kumpulan A di pintu depan dan kumpulan B di pintu belakang.

Guru-guru berpeluang untuk bersalaman dengan murid dan juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Berpeluang bertanya khabar dan beramah mesra.

Selamat menjadi warga SKBM kepada murid-murid yang baru masuk atau baru berpindah ke sekolah cikgu. Insyallah, cikgu-cikgu di SKBM akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi guru penyayang yang mengamalkan konsep penyayang kepada murid-murid.


Tiada ulasan:

Catat Komen