18.1.15

Perjumpaan Kelab Bimbingan Kaunseling Kali Pertama

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah berjumpa kembali kita di alam maya .

Hari ini sabtu. Diadakan perjumpaan pertama untuk ahli KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING. Tahun ni tahun pertama kelab ini ditubuhkan. Sebelum ini hanya ahli PRS biasa sahaja. Cikgu seronok sangat!!!

Ahli cikgu tak ramai. Ada 12 orang sahaja. Cikgu penyelaras kelab ini ialah cikgu dan cikgur rohani. Perjumpaan kali ini ada beberapa agenda iaitu:
-Kata alu-aluan kepada ahli
-Memperkenalkan guru kelab
-Perlantikan AJK
-Aktiviti sepanjang program
-Bincang aktiviti terdekat
-Yuran bulanan
-gotong royong kemas bilik bimbingan kaunseling (sapu sampah,susun pamplet,siram pokok bunga hehehe)

Aktiviti pertama ahli kelab bimbingan kaunseling bermula pada perhimpunan hari rabu ini.. apa dia?????????

Tunggu dan lihat ya!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan