22.1.15

Perjumpaan kelab Bimbingan Kaunseling Kedua (Pelangi Petang)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.  Alhamdulillah kali ini perjumpaan kedua kelab bimbingan dan kaunseling. Mula-mula cikgu edar dahulu jadual giliran info 5 minit di perhimpunan kepada ahli kelab. Ada yang teruja.. ada yang takut.. hihihih relaksss..cikgu bukan suka-suka nak suruh ahli kelab bercakap di perhimpunan. Apa yang akan disampaikan nanti adalah info berguna yang cikgu dah sediakan ikut tajuk guru bertugas sama ada disampaikan dalam bentuk sajak, pantun, bercerita dan lain-lain lagi.

Aktiviti kali ni sangat seronok. Aktiviti yang cikgu ambil dari Buku Modul LDK Mudah Lagi Seronok!

PELANGI PETANG

Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Pelangi petang

Objektif

:

Pada akhir sesi murid dapat :-

1. Mengingati warna pelangi
2. Boleh menyenaraikan warna-warna pelangi
Masa
:
35 Minit
Sasaran
:
Tahun 5
Bahan
:
Kertas A4 dan pensil

Langkah

:

1) Setiap pelajar dikehendaki berkumpul dan membentuk satu bulatan kecil yang terdiri daripada 7 orang peserta. Setiap pelajar akan mengingati warna-warna pelangi
2) Selepas itu, setiap pelajar dikehendaki mengingati 1 warna dan kumpulan mereka perlu mencipta satu lagu bagi mengingati warna-warna pelangi.
3) Kumpulan mereka perlu bekerjasama bagi mencipta lagu yang mana ia mencerminkan atau mengingatkan warna-warna pelangi.
4) Pelajar perlu menyanyikan kepada kawan-kawan dan berkongsi lagu/perkataan yang mereka cipta.

Penilaian

:

Memerlukan kerjasama, mengingat, menyanyi dan berkongsi.

Rumusan

:

1. Pelajar dapat ingat warna pelangi jika mereka menyanyi atau mencipta perkataan sendiri
2. Dengan adanya kemahiran mengingat yang baik ia akan lebih memudahkan proses mengingat.
3. Membuat nota yang pendek/peta minda akan menyenangkan untuk diingat.


Falsafah

:

1. Membina sikap bekerjasama di kalangan kumpulan
2. Menguji daya ingatan
3. Membina sikap kreatif
4. Membina nilai murni



Tiada ulasan:

Catat Komen