27.1.15

Slot Bimbingan Transisi (Kenali Guru-Guru SKBM)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu...

Pagiku cerahku
Matahari bersinar
Kugendong tas merahmu dipundak
Selamat pagi semua
Ku nantikan dirimu
Didepan kelasmu menantikan kami

Haaa..siapa tahu lagu ini? di dalam filem laskar pelangi. Filem hebat!! penuh dengan keinsafan dan kecekalan hati para guru dan murid menimba ilmu.

Untuk slot cikgu hari ini dalam transisi tahun 1, cikgu beri tajuk KENALI GURU-GURU SKBM. Yalah, murid tahun 1 sudah semestinya belum mengenali guru-guru SKBM sepenuhnya lagi-lagi yang tidak pernah masuk kelas mereka. Ada juga yang tidak mengenali siapa guru besar, gpk-gpk...

Kali ini slot cikgu buat slaid dan pamerkan setiap gambar guru-guru. Setiap gambar yang muncul cikgu akan maklumkan nama dan mata pelajaran yang di ajar. Jika antara guru yang ditunjukkan itu murid kenali memang riuh suara mereka! satu perkembangan yang bagus. Jangan marah mereka! beruntung mereka mengenali guru-guru ini.

Harapan cikgu selepas ini murid tahun 1 sudah mengenali wajah guru besar, gpk-gpk serta nama mereka. Mungkin ambil masa sedikit untuk kenali guru-guru lain yang tidak mengajar mereka kerana ramai guru di SKBM ni, 42 orang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan