10.2.15

5 Minit PRS (Tips Menjaga Buku Teks)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Perhimpunan hari rabu ini ahli PRS  menyampaikan sedikit info. Tajuk guru bertugas minggu ini ialah Menjaga Buku Teks. Jadi ahli PRS akan membaca tajuk  yang berkaitan dengan tugasan tersebut.


INFO BUKU TEKS

Asalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Kawan-kawan, hari ini saya akan berkongsi cara-cara untuk kita menjaga buku teks. Menjadi tanggungjawab pelajar seperti saya untuk menjaga pemberian buku teks tersebut.

Pertama,  Salah satu cara menjaga buku SPBT ialah dengan membalutnya. Buku-buku yang dibalut dapat mengurangkan risiko kotor atau terkoyak.Sebagai contoh, buku-buku yang dibalut dengan plastik mungkin terhindar daripada basah.Hal ini yang demikian menjadikan buku teks lebih panjang hayatnya.

Kedua, Pelajar juga perlu menulis nama atau nama kelas pada ruangan bercop pada buku-buku yang diberi.Hal ini yang demikian, sebagai salah satu langkah untuk mengesan pemilik buku tersebut jika buku-buku itu tercicir.Selain itu, langkah itu mungkin dapat menghalang buku-buku tersebut daripada dicuri.

Ketiga, Pelajar  juga harus memastikan buku-buku teks tidak diconteng dan dikoyak. Buku-buku yang diconteng atau terkoyak akan menyukarkan murid-murid lain yang akan menggunakannya kemudian.Buku-buku yang diconteng atau rosak, memaksa kerajaan menggantikannya.Hal ini tentu akan menyebabkan pembaziran wang kerajaan disebabkan kecuaian kita.

Keempat, Buku-buku pinjaman seharusnya dijaga seperti hak milik sendiri. Buku-buku tidak boleh ditinggalkan di merata-rata tempat seperti di bawah meja dan di dalam kelas.Jika berlaku kehilangan, kita terpaksa menggantikannya. Jika tidak, pihak sekolah terpaksa memohon peruntukan baharu yang mungkin memakan sedikit masa untuk mendapatkannya.

 Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghargai dan menyayangi buku-buku SPBT dengan cara menjaga buku tersebut sebaik mungkin. Sebarang kehilangan atau kerosakan buku, mestilah segera dilaporkan kepada guru SPBT atau diganti supaya murid-murid lain juga dapat menggunakannya pada masa hadapan.


Sekian, terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Komen